Apa itu UV @ Unique Viewer ? Apa itu PV @ Pageview ? Hurm... ada blogger tanya tadi kat aku .. Maaf .. apa yang aku beritahu ini adalah berdasarkan pengetahuan aku dan aku sampaikan secara ringkas mengikut pemahaman aku .. Jika ada yang berminat nak menambah , silakan ..
Bahasa pasarnya UV ni pengunjung blog kita .. Tak kira korang paksa atau diorng masuk secara ikhlas , ianya tetap dikira 1 UV ... Bila dia masuk , dia baca entri kita ..
" Wah.. bestnya entri dia ... nak baca lain lak.. kalau best , i follow la blog nih "
Jika itulah yang berlaku , maka pembaca tadi ibarat telah menyelak 'mukasurat' dalam blog anda ! Dari satu entri tadi dia baca , maka bertambah satu lagi entri tapi dengan syarat , dia perlulah klik butang ( contoh penggunaan read more atau next page ) ... Ini sudah menjadikan 2 PAGEVIEWS !
Faham tak ? Blogger mahukan yang itu sebenarnya .. 1 pembaca , banyak entri dia baca.. Tamo dia masuk untuk baca satu entri jer.. Kita nak kekalkan seberapa lama dia dalam blog kita .. Lagi lama lagi bagus !
Antara cara lain untuk kekalkan pembaca selama mungkin adalah dengan entri yang lebih panjang tetapi menarik serta berinfomasi ! Jangan panjang je tapi mengarut .. Mengarut tu boleh diterima jika menarik dan unik .. jika ada unsur komedi lagi bagus ! Sambil baca sambil ketawa .. haaa..
Aku tak la kata 1 UV = 1 PV tu tak bagus tapi lebih bagus jika dapat 1 UV = 2 PV atau lebih ... Satu cabaran pada blogger untuk menghasilkan entri yang menarik dan menarik pembaca yang lebih berkualiti dan membantu meningkatkan mutu penulisan entri kita ..
Sila mula analisa statistik pengunjung blog korang mulai sekarang .. Kalau guna Nuff , check ANALYTICS .. kalau takde , boleh pasang GOOGLE ANALYTICS atau HITSTATS.COM ...
InsyaAllah ..