Mana satu yg penting ? Tajuk atau isi sesuatu entri di blog ? Dua-dua eh ? Ke isi je ? Atau tajuk ?
Aku tahu korang akan kata dua-dua punya , kan kan ? Hehe .. Betul .. Dua dua tu penting tapi berapa ramai mampu buat tajuk itu satu tarikan atau umpan ke blog ?
Tajuk di blog aku , biasanya mereka akan kata tajuk kontroversi atau saja nak buat panas , kan kan ? Hehehe .. Tapi kalau dia baca isinya maka dia tau tajuk itu rupanya satu ???
Cuma satu kesimpulan dari apa yang aku nak sampaikan ! Mudah bukan ? Aku tak payah cerita panjang dan berjela hanya untuk menyampaikannya .
Macam dalam entri Mandi laut , risau lemas .Mandi sungai , risau kencing tikus.Mandi kolam , risau kencing orang . aku ini .. Kesimpulan amat mudah sekali , bahaya ada di mana mana kan ? Dan yang membuatkan aku tersenyum ialah bila ada yang jawab ‘ kalau gitu jangan la keluar rumah ! ‘ .. Balik kembali ke tajuk tu dan kesimpulannya adalah BAHAYA ADA DIMANA MANA ! Dalam rumah tak bahayakah ? Satu tajuk entri yg meminta kita tak kira sapa sapa agar berhati-hati.. Mudah kan ? Dan jika nak memahaminya dengan lebih lanjut , baca je entri tu haa..
Kesimpulan .. Untuk menulis blog bagi menyampaikan maklumat , ramai boleh buat tapi berapa ramai yg mampu menyampaikannya dalam cara tersendiri dan unik ? Jika kita mampu buat , pembaca akan tersimpul mati dengan blog kita !