Terpaksa cari kereta baru yang lebih besar memandangkan skang ni kereta kecik .. Dah survey dengan rakan rakan utk dapatkan pendapat rakan rakan terutama di FB mengenai kereta yang aku nakvamik ..
Plan nak amik Exora .. Dan rakan rakan bagi pendapat mereka .. Pusing pi pusing mai dengan mengambil kira penggunaan kereta tersebut , kensel amik Exora .. Terpaksa rancang amik kereta lain ..
Dan tadi , gi la ke showroom kereta di Presint Diplomatik selepas gi klinik .. Saja saja je la nak tanya memandangkan aku ada mintak tolong beberapa orang rakan untuk menanyakan kereta yang aku nak tu ..
Dan di situ barulah aku dapat tau seperkara .. Harga kereta kita yg mereka nak tu sebenarnya bergantung pada individu yang menawarnya. Jika mereka amik rendah , mereka mampu menjualnya dengan harga tinggi skit.. Untung pada mereka .. kan ?
Jadi , di showroom tu mereka tawar harga yang lebih tinggi dari apa yang aku ditawarkan sebelum ni .. Kemudian aku tanya lagi apa yang mampu mereka berikan jika aku beli kereta dengan mereka .. Hurmm..
Setelah berpuashati , aku booking terus. Dan aku call kawan aku bagitau yang aku dah amik kereta tu. Kawan aku ok je.. Tak lama kemudian , kawan aku tu call semula.. Dia kata , ada salesman nak amik jauh lagi tinggi dari apa yang ditawarkan oleh salesman showroom tu .. ! Pulak .. Sebelum tu dia kata boleh ambik dengan harga sekian sekian je.. ADehh ..
Rajin rajin la survey sebelum buat keputusan. Segalanya di hujung jari anda.. In Sha Allah .. ada rezeki , anak anak dapat la selesa skit nanti .. Aku kesian kat anak anak je.. Barang diorang jer dah penuh. Ni nak keluar sorang lagi ni .. haaaa ..
Anak anak ? Baru nak masuk 2 .. tu pon tak tau berapa bulan dah.. hahaha .. Doakan je segalanya selamat ..