Seringkali aku dapat persoalan dari rakan rakan di Facebook , camana dan bagaimana senaman atau workout untuk wanita yang lebih terarah kepada nak menguruskan diri atau membakar lemak lemak yang ada ! Dan aku hanya mampu mengaru kepala .. Maklumlah , biasa gi gym aku bersenam dengan rakan lelaki jer.. Tak pernah bersenam dengan rakan perempuan pon !
Nak lagi best , zaman ni semua orang nak kurus tapi malas nak bersenam ! Ok.. sebenarnya bukanlah malas tapi lebih pada takde masa atau tak tau camana nak bersenam dengan betul .. termasuk juga aku ! Haaaa , kan ?
Bersenam dengan cara yang salah atau tak betul , boleh mencederakan anggota badan . Maka , buku yang ada di tangan aku ni ,amatlah bersesuaian sekali buat mereka yang nak kekal cergas serta membakar lemak dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin !
30KG DALAM MASA 80 HARI hasil penulisan Sufian Sulaiman berdasarkan pengalaman sendiri yang mana beliau telah membantu seorang gadis menurunkan berat badan dengan teknik , kaedah , strategi dan tips yang betul hingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37kg !!
Gambar bukan hasil edit ni adalah bukti yang mana Farhana yang sebelum dia mula berlatih , beratnya adalah 86kg ! Bayangkan hasilnya .. Ok , bukan sekadar kurus yer tetapi juga berstamina tinggi ! Haaa.. Ini yang penting , ok !
Dalam buku ni , disertakan visual latihan yang betul , kata kata semangat , teknik kemahiran yang sebenarnya sesuai untuk wanita dan faktor kegagalan serta kejayaan seseorang individu dalam mengejar impian memiliki bentuk badan yang diimpikan !
Kurus dan berstamina ! Wow ! Inilah badan yang patut dimiliki oleh semua gadis gadis yang dapatkan bentuk badan impian ! Susah ? Biar susah susah dahulu , bersenang senang kemudian.. Takkan nak tengok diri sendiri termengah mengah naik tangga kot ? Adoiyai.. muda lagi dah mengah.. haaa.. Bikin malu sama orang tua kita , kan ?
Ok.. Buku terbitan Alaf 21 ni berharga RM29.90 ( Semenanjung ) dan RM32.90 ( Sabah dan Sarawak ) dan boleh dapati di kedai buku POPULAR dan mana mana kedai buku berhampiran . Juga terdapat dalam bentuk e-book di mall.karangkraf.com .
Bagi yang tercari cari khidmat Personal Trainer untuk bersenam dengan lebih betul dan berdisiplin , silahubungi penulis di talian 019-2401729.
Manakala untuk info kurus , sila LIKE FanPage GEMUK2KURUS dan layari blog di alamat www.sportfitnhealth.blogspot.com
Apa guna badan cun tapi lembik kan ? Hehehehe ..