Terkejut aku dari mimpi. Mengucap panjang aku. Mimpi yang cukup menakutkan aku ! Aku berpisah dengan anak anak gara gara salah aku sendiri ! Aku tidak berjaya menahan amarah menyebabkan aku telah melakukan kesalahan besar ! Aku bergaduh dengan orang lalu membunuhnya ! Aku menyesal giler !! Aku berharap sangat apa yang berlaku ketika itu , adalah mimpi dan ternyata ianya mimpi sama sekali !
AllahuAkhbar.. Menakutkan betul ! Aku tak nak masuk penjara gara gara sikap panas baran aku. Biarlah aku bersabar dan terus bersabar.. Aku tak nak anak anak aku membesar tanpa ayah.. Aku taknak mereka hilang nahkoda mereka..
Mimpi tu menyedarkan aku betapa SABAR itu sangatlah penting ! Sedikit kesilapan dan ketelanjuran , boleh membinasakan diri sendiri dan juga keluarga tercinta..
Melepaskan geram memang memuaskan hati dan syaitan akan ketawa riang kerana mereka dah ada kawan baru.. Selepas tu ??? Apakah itu penyudahnya ??
Itu aku selalu fikir.. Ikut hati , mati . Ikut akal , inshaAllah selamat..