" Gi kelas fotografi ? Tamoooo.. Segan ! Tak de geng ! ".
Itu la dalam kepala aku ketika aku memiliki DSLR buat pertama kalinya ! Tapi sejak aku bikin komuniti blogger , segan semakin menipis bila dapat tau ramai blogger , sama cam aku ! Maksud aku , buta kamera ! Semua main auto jer !
Terus terang.. banyak kali dah aku berguru dengan Youtube. Bila tonton , paham.. Nak masuk praktikal , terus terlupa ! Maklumlah , takde geng. Layan sengsorang gituuu jer.. hehehehe .. Kalau ada guru kan best. Tapi masalahnya , aku segan..
Dan peluang untuk berguru muncul di depan mata apabila rakan blogger , Lan Careno mencadangkan satu bengkel Fotografi untuk ahli Kelab Blogger Ben Ashaari diadakan ! Satu idea yang cukup menarik. Perbincangan dilakukan dan akhirnya menjadi kenyataan.. berkat kerja keras AJK serta blogger yang terlibat !
Bertempat di Agrofarmstay Skill Tech di Durian Tunggal , seramai 30 blogger mengambil bahagian menuntut ilmu dunia fotografi. Masa yang terhad tetapi blogger yang hadir berjaya mendapat ilmu yang dikehendaki.. walaupun sekadar asas ! Masa mencemburui kitorang !
Menariknya , bengkel ni bukan sekadar indoor jer .. Outdoor pon hadoooo ! Kiranya mereka yang turun ke bengkel ni berjaya kutip ilmu ni sebanyak mungkin.. Sapa malas , dapat telur laa.. Rugi , rugiii..
Hurmm.. Terus terang , aku kerugian ! Aku tak dapat ikut sangat bengkel ni. Kenapa ? Sebab sakit kepala. Aku terpaksa makan ubat dan lari masuk ke dalam kereta buat sementara. Lelapkan mata dalam setengah jam gitu..
Bila aku kembali , aku dapati aku dah ketinggalkan jauh sekali dan para blogger yang lain kelihatan masih begitu berminat dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kelas. Hurmmm.. Dah tu , aku camana ???? Sia sia je la aku datang ? Huhuh..
Tak , kata sifoo.. En. Hadi sememangnya dah tau akan ragam manusia ni terutama orang macam aku ni haaa ! Makin tua , makin hensem tapi ada je karenah tersendiri ! Kan kan ? Hahahaha. Rileksss... Jadi camana dengan aku ?
Tadaaaa ! En. Hadi bagi aku jalan penyelesaian !
DVD kauuuu ! Canggih gituuu.. Ibarat sifoo depan mata je ni ! " Apakah berbaloi ? Senangkah ? Camana rupa di dalam dvd ni ? ". Aku tau. tu yang korang nak tanya kan ?
Ada banyak tajuk dalam satu satu DVD. Kena layan semua sekali.. Hhuhuh.. Tapi bagi aku , DVD ni mudah untuk follow. Kadang kadang ada orang tak boleh g kelas terutama lelaki cam aku ni. Tak de masa gituuuu ! Huhuhuh.. ( Jangan sesekali kata takde masa untuk menuntut ilmu ! )
Simple tapi menarik ! Seperti belajar live bersama En.Adhadi. Belajar live menarik , belajar kat DVD pon menarik ! Amacam ? Tertarik ? Hehehehe..
Ok.. aku tau ada yang berminat nak tau tentang kelas / bengkel fotografi.. dan ada juga nak DVD yang seperti di atas tu kan ? Huhu... Bagi yang berminat , boleh hubungi sendiri En. Adhadi.. Samada nak dapatkan perkhidmatan dia seperti perkahwinan , event dan nak jugak adakan bengkel macam team aku buat , kan ??? Hehehhe.. Atau nak dapatkan DVD ! Caranya mudah jer .. Sila hubungi Adhadi Mohd III di https://www.facebook.com/adhadi6.
Serius , berbaloi.. Sifoo muka garang tapi lembut ! Huhu...Kelas berakhir dan semua gembira !! Huhuhuh.. aku je perlu belajar semula asas fotografi nanti ! Huhuhuh...