Nak pastikan pasangan anda tiada hutang sebelum berkawin ? Hehehee.. Ada dah cara paling mudah ! Maklumlah , sekarang ni.. manusia hutang keliling pinggang ! Hutang kad kredit , kereta , rumah, pinjaman peribadi ! Bila berkawin , hutang-hutang tu mintak pasangan dia tolong settlekan.. kononnya cinta la sangat ! Takkan kottt !! Huhhh..
Baru-baru ni CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD telah melancarkan inisiatif kempen “ Berapakah Skor Ctos anda “ yang bertujuan memudahkan rakyat Malaysia membuat pengurusan kewangan dan kredit mereka. Sebanyak 100,000 laporan secara percuma dibuka untuk mereka yang berminat untuk mengetahui Skor Ctos mereka.
Ini sangat mudah ! Selain nak pastikan bakal pasangan anda bukan kaki hutang , kita juga boleh periksa apakah kita layak untuk membuat pinjaman untuk pembelian hartanah dan juga kenderaan. Maklumlah , kang gi terus kat pejabat hartanah , tau tau tak layak buat pinjaman sebab banyak hutang .. maluuu ! Maka , check terlebih dahulu..
Caranya mudah jer.. Sila ke www.ctoscredit.com.my. Isi segala butiran dan tunggu keputusan ! Dan aku dah buat hari tu.. Skor aku adalah 750 ! Hehehe.. Excellent ! Aku ada satu pinjaman jer.. Pinjaman perumahan.. Hehehe..
Kempen ‘Berapkah Skor Ctos Anda’ bukan saja penting bagi pengurusan kredit tetapi juga alat untuk sesuatu individu mencegah pencuri identiti .Kempen ini juga menekankan kepentingan kita untuk mengemaskini laporan kredit kita biarkan kita tidak berminat untuk membuat pinjaman.
Bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan kelebihannya bolehlah kunjungi laman web Ctos di www.ctoscredit.com.my.
Apa lagi.. gi la check ! Sementara percuma !! Heeeee…