Teringat 8 tahun dulu.. ketika awal awal kawin , wife dok asyik cerita pasal kawan kawan dia yang baru kawin dah mengandung dan ada yang dah beranak pon ! Tapi kitorang dah nak masuk 2 tahun takda tanda tanda nak punya baby !
Secara jujurnya.. aku sebagai suami memang stress dengan bila wife dokk cakap pasal orang lain ! Rezeki masing masing. Bukan kita je takda anak.. ramai lagi takda anak ! Segalanya bersebab ! Kan kan ? Allah Perancang Terbaik ! Jangan dok mengeluh tak tentu pasal. Usaha dan doa jangan putus.
Alhamdulillah.. sekarang dah ada 3 orang. Ada 3 orang ni pun macam ada 10 orang ! Aku tak tau la camana orang dulu dulu boleh handle anak yang ramai. Memang aku kasi tabik hormat la kat otai otai dulu..
Hurm.. Bila dah ada anak.. Lain pulak ceritanya ! Anak tak terurus. Bila laki bini gaduh , anak jadi mangsa ! Haihhh… Bila anak jadi mangsa , baru nak menyesal tepuk dahi ! Ada yang sampai naik tangan pada anak sebab nak lepaskan amarah. Hati hati , kawan ! Jangan begitu. Mereka tak bersalah ! Mereka tak tau apa apa.
Maka.. sila selak kembali niat dan matlamat kita. Anak ini amanat Allah. Jangan sampai Allah amik kembali. Masa tu baru tau… tiada apa yang lebih penting selain dari anak !