Haahaha.. Tu diaaa .. Lelaki ke perempuan yang komen gini ? Ada sorang kawan aku , dia cerita dalam blog dia pasal aktiviti dia g berjalan sana sini .. Kena kutuk .. hahahah ..
Aku buat entri segmen , ada yang tak puashati. Aku buat entri gym , kata aku gay ! Weh .. tak suka , jangan la baca ! G la baca blog blog politik yang confirm leh maki hamun di ruangan politik tu . Atau tak nak baca pun , g bukak TV9 . Layan kartun .. Yang mai masuk sapa suruh ??
Buat makluman , ini blog peribadi. Perkembangan yang aku tulis ni berlaku pada diri aku dan persekitaran .. Tak suka ? Ada aku kisah ? Selagi aku tak ciplak mana mana entri .. Selagi aku tak maki hamun dalam ini entri .. Selagi aku tak langgar mana mana undang undang , selagi tu aku tulis apa yang aku nak .. Dengki ? Istighfar banyak banyak .. Confirm Islam kan ?
Pelik spesis manusia gini .. G la layan tv tu haaa.. Busuk benar hati tu aihh ..
Maaf .. komen begini aku tak approve sbb nanti ada yang balas membalas tembakan. Aku tak nak tanggung dosa . Aku buat entri ni untuk kesedaran semua .. Bersihkan hati kita ..