Alhamdulillah.. Ada jugak penghargaan buat JuruRawat yer.. Beruntunglahh.. Hari Blogger tak de wooo ! Bersyukurlah… Hehehehe.. Sila hargai kerjaya anda .. Semoga setiap titik peluh anda diberkati Allah.
Aku suka tengok JuruRawat ni.. Diorang ni macam ada satu aura.. Aura positif. Tapi sayangnya laa kan … JuruRawat yang bawak aura negatif ni laa mencacatkan profesion mulia ni ..
2 minggu ni , aku banyak ulang alik ke hospital kerajaan mahupun swasta.. Hurmmm .. Sepanjang ulang alik tu kan , aku tak pernah laaaa tengok nurse yang pandang aku tu , senyum dan memberi salam mahupun ucapan selamat .. Tarak !
Teringat dua penjawat awam yang buat aku kenang mereka sampai mati.. Satu , di tempat wife aku bekerja.. Satu staff tu , selisih je.. memang akan lemparkan senyuman dan memberi salam. Lelaki yer.. Dan satu lagi , doktor pakar yang merawat wife.. Siap bagi salam dan mintak izin aku untuk perikssa wife .. Doktor perempuan. Yang lain masuk serupa macam gi zoo negara !
Aku tau.. kerjaya jururawat ni sibuk.. Tapi untuk lemparkan senyuman pada pengunjung , pesakit .. takkan dah rugi banyak masa ? Cuba senyum ? Secara automatik , hati sendiri pun jadi sejuk tau ! Yang tengok , apatah lagi !! Bayangkan aku jadi nurse dan senyum kat korang yang tengah kronik tuuu.. Silap hari bulan , terus sembuh wooo ! Haaa.. Senyum ,penawar dukaaa wooo ..
Apa pun la kan.. Selamat Hari JuruRawat ! Sesungguhnya aku minat dulu nak jadi nurse ni ! Seronok dapat berbakti pada masyarakat ! Haaa… Pahalanya ? Hanya Allah saja tau berapa besar ganjarannya .. Beruntunglah kamu wahai JuruRawat !