24 jam selepas aku install aku dapati , Pokemon Go ni cumalah satu permainan yang.. hurmmm.. biasa jer ! Mungkin aku tak pandai main atau tak reti nak main ! Tapi bila memikirkan ‘data’ yang digunakan serta masa yang dihabiskan jika serius , hurmm.. baik aku google info terkini dan update dalam blog ! Lagi bermanfaat !
Aku dapati ramai kawan kawan dah download dan mencubanya. Ada yang post , jumpa Pokemon dalam masjid dan surau ! Hehehee.. Sekurangnya diorang ke masjid kan.. solat dulu pastu tangkap Pokemon. Aku tau.. ada yang fikir gitu.. Terpulanglah !
Aku gi Putrajaya malam tadi dan pasang Pokemon Go ! Fuhh.. Dasat ! Macam macam ada.. Pastu aku tutup ! Aku tak berminat ! Aku tak nak buang masa gitu jer ! Masa dengan anak anak lebih berharga.
Hurm.. Ini cara aku berfikir. Aku pernah ada PS2. Aku beli seminggu dan jual ! Kenapa ? Aku dapati duit tak keluar dari konsol atau tv bila aku menang walhal masa aku terbuang begitu saja ! Aku tau.. ada yang kata , abis tu.. aku duduk ngadap Facebook dapat duit ke ? Aku amik gambar dan post ke Instagram dapat duit ke ???? Dapat ok ! Berbaloi sangat ! Lepas la nak beli mainan kat anak aku.. beli jaket baru.. belanja keluarga aku makan dan beli ubat untuk ayah aku !
Dan terbaru… aku rasa banyak negara Islam dah pon umumkan yang Pokemon Go ni haram.. huhu.. Dan ramai kawan kawan di Facebook yang beragama Islam sentap ! Cuba korang search POKEMON GO di Facebook ! Dan baca komen ! Hurmm.. Menyedihkan ! Tu belum part mereka yang bukan Islam , mencaci maki ! Hurmm..
Segalanya bersebab ! Dan jangan jadi ‘kurang bijak’ dengan mengaitkan dengan rasuah , arak , zina , maksiat dan sebagainya.. itu dah terang terang dalam Islam , apa hukumnya ! Sekurangnya diorang dah buat kerja dan terpulang pada kita nak ikut atau tidak ! Dan aku ikut !
Selamat Tinggal Pokemon Go ! Tak bermanfaat untuk aku , sama sekali ! Buang masa jer !
Aku dah berusia 40 tahun dan masa untuk aku atas dunia ni , dah tak banyak.. takkan nak abiskan masa layan game ? Hehe…. bodohnya aku ! Lebih baik aku buat menda yang lebih bermanfaat.. dari cari Pokemon tu..
Aku tau.. korang ada alasan korang ! Terpulang. Takda isu pon. Ini cara aku berfikir untuk membuatkan aku uninstall Pokemon Go tu. Aku rasa , di zaman muda aku.. aku dah terlalu banyak masa dipersiakan dan sangat menyesal !
Untung anak muda zaman ni terutama mereka yang dah mampu menjana pendapatan dari Internet ni ! Mereka yang dah travel ke sana sini , aihhh.. bestnyaaa !
Dan ‘aku’ sibuk nak cari Pokemon ??? Adehh.. Maaf, aku nak jimat bateri hp.. nak jimat masa dan pergunakan masa dengan sebaiknya !