Woww.. bila ada client mintak kat aku , aku tersenyum. Bukan apa , bila diminta aku akan demand harga. Kalau dia tak minta , aku letak harga 'boleh dirunding'. Hehehehe.. Bukan la nak kata trafik blog aku kencang.. jujur aku kata , trafik blog aku dulu dan sekarang berbeza. Kalau korang ikut blog aku ni dari dulu , korang leh nampak inti pati blog aku ni. Tiada lagi entri entri umum seperti isu semasa , hiburan , politik mahupun sukan. Aku lebih banyak cerita pasal diri aku , keluarga dan juga entri entri review !
Kenapa gitu ? Sebab utamanya ialah aku nak dapatkan pembaca setia. Aku tak nak orang masuk ke blog aku semata mata nak baca entri entri panas saja ! Mereka baca , dan keluar ! Fuhh.. tamo la ,tamo ! Kenapa aku tamo ? Sebab bila aku buat entri review , tiada orang nak percaya dan nak baca ! Ini amat bahaya !
Di profile , aku taknak menipu. Aku bagitau je berapa trafik blog aku. 8 tahun dulu.. sehari boleh dapat lebih 5 ribu pembaca tapi sekarang , dalam lingkungan 1 ribu lebih. Antara sebab lain ialah aku kurangkan entri. Dulu sehari 5-7 entri. Sekarang , 2-3 entri jer. Ada yang 1 entri je.
Tapi aku sangat suka dengan keadaan sekarang. Nampak lebih tulus dan puashati ! Aku tak kejar dah trafik. Aku cerita apa yang aku nak cerita..
Jika anda menipu profile anda , ginilah rupanya bila pergi 'event' !
Bila client mintak statistik trafik , aku tanya dia semula.. Apa yang dia nak tengok ? Kalau dia nak tengok berapa jumlah pembaca setiap hari , apakah akan dia dapat jumlah yang sama bila dia iklankan produknya ? Sama seperti menonton tv di waktu perdana.. Memang ramai penonton.. tapi bila iklan , orang gi dapur.. gi toilet !
Bagi aku.. kalau nak iklankan produk di blog , cuba tengok apa kandungan blognya.. cara penyampaian dan paling penting , populariti blog tersebut.. kerana apa ? Di situ boleh dibuat keputusan.. Melainkan anda tak kisah semua tu dan inginkan blog yang bagus carian SEOnya.. Ni lain isunya lak ! Heeee..
Alhamdulillah.. ada yang bijak menganalisa.. dan yang paling penting , kerjsama selepas mengiklankan.. Jangan harapkan blogger 'menjual' produk anda ! Kami cuma membantu membuat pengenalan saja.. Nak dapatkan ramai pembeli , rasanya bukan dengan sekali dua je promote ! Fuh , gila la kalau terus laris berhari hari seperti pisang panas dengan sekali promosi melainkan blogger tu pakai bikini dan ubah rupa jadi cun giler dan berstatus BUJANG atau ANAK DARA !