Apa ??? Tutup ? Dah tu , aku dipanggil gi sana buat apa ? Hurmm... Mesti ada sesuatu yang menarik sebab dah masuk musim cuti sekolah , kan ? Ok.. tak pe... Tunggu harinya dan alami sendiri kemeriahan Resorts World Genting !
Dan semalam.. aku sekeluarga check in di Awana Genting. Aku tak pernah memandu ke sini selama ni dan buat pengetahuan , ni kali pertama aku nak ke sini sekeluarga. Kali terakhir , masa aku kerja dengan Kementerian Pelancongan. Pastu tak datang datang dah.. hehehe ..
Jam 6 petang semalam.. aku check in.. Alhamdulillah , urusan dipermudahkan sangat... Dari perjalanan hinggalah ke pendaftaran bilik.. Dan aku dapat bilik yang permandangannya , menenangkan kepala otak aku yang dah berbulan berserabut ! Tak yah gi Eropah untuk hilangkan keserabutan rupanya. Bersepah dalam Malaysia ni tempat menarik.. kan kan ?
Suasana petang di Awana Genting.. Kehijauan yang mendamaikan.. Hehehehe... Tidur awal sebab awal pagi Sabtu ada banyak kerja nak kena buat ! Seharian punya jadual woooo !! Tengok pon dah pening. Camana budak budak ni nak ikut eh ? Sian pulak aku memikirkannya.. hehehe..
Awal pagi Sabtu.. Buka tingkap..SubhanAllah.. cantiknya view... Tenang melihatnya.. Qhaliff pon sibuk gak la nak tengok..
" Cantikknyaa.. "
Sejak bila budak ni jadi pencinta alam semulajadi ???? Dah boleh bawak pusing Malaysia dah ni ! Hehehehe..
Turun sarapan pagi.Tak sempat nak amik gambar sebab kena uruskan budak budak ni ! Hahahaha . Selesai makan.. Terus tunggu di lobi.. kumpul kat situ bersama blogger blogger lain. Er , 2 orang blogger je pon.. hehehe..
Destinasi ? Jom naik kereta kabel ! Hehehe.. Qhaliff dan Zahra , naik untuk pertama kalinya manakala wife bersungguh ajak naik bas je hingga ke atas ! Hahahaha.. Takut la tuuuu...
.
Dalam pukul 10 pagi , sampai dah Resorts World Genting. Ramai gak orang. Dengar kata tak ramai sebab taman tema tutup buat sementara waktu sebab nak upgrade ! 2016 katanya akan dibuka semula.. Huhuhu..
Namun begitu , indoor masih dibuka dan ada pelbagai aktiviti menarik terutama untuk anak anak kita.. heheheh .. Aku selama ni tak amik tau pon sebab takde anak waktu ke sini.. Hehehe.. Sekarang aku dah tau camana rasanya bila bawak budak ke tempat gini. Diorang punya teruja memang .. huhu.. Yelah , kita pon pernah jadi budak budak , kan ?
Ok.. sempena musim cuti sekolah , Resorts World Genting menyediakan beberapa persembahan dan juga aktitviti yang sesuai untuk anak kita. Antaranya yang aku sendiri sekeluarga dah masuk ialah ..
Cute & Cuddly : Ice Cold Fun at SnowWorld
Syok dalam ni sampai aku tak leh nak tekan butang kamera ! Sejuk beku gueee .. Hahahaha .. -3 woooo suhu dalam ni..
Kemudian g arcade untuk budak budak.. Main game. Sian Qhaliff.. Dari awal lagi dia teruja. Hahahah.. Akhirnya dapat gak main dia .. hehehe.. Kasi la dia main puas puas .. walaupun tak puas mana pon.. hehehe ..
Selain dari tu , ada pertunjukkan I LUMINATE yang menawan hati bagi mereka yang gemarkan konsep glow in the dark ! Hahahaha.. Kalau budak budak yang dah reti bermain tu , pastinya suka tengok persembahan diorang..
Nak lagi menarik ? Boleh try Behind The Scenes Tour dan juga Clown Boulevard !
Malam , baru tengok I LUMINATE..
Walaupun seharian ke sana ke sini , Qhaliff dan Zahra nampaknya enjoy ! Maklumlah , sebelum ni kan terperap kat dalam rumah jer.. Dapat keluar gini sesekali , memang seronok la , kan ?
Kalau aku cerita semua , sampai esok tak abis.. Hahahaha.. Tak masuk part makan , part Qhaliff meraung.. Part muka wife cam chipmunk dalam cable car tu.. hahahaha .. Jangan marah aaa.. hehehhehe..
Ok , kalau nak tau program apa lagi ada , boleh check di page Resorts World Genting.