Tercapai cita cita aku ! Nak pergi Sunway Lagoon dan merayau di Sunway Piramid pastu terus masuk bilik dan tidur ! Tak payah nak memandu pulang ke rumah setelah penat berjalan jalan dan bermain di taman tema Sunway Lagoon. Hehehhe..
Lokasi yang cukup strategik. Bangunan yang tertinggi di Sunway , maka dapatlah cuci mata untuk melihat panaroma yang cantik cantik di sekitarnya.. Kemudian berhubung dengan Sunway Piramid ! Haa.. Tak payah jalan jauh jauh dah ! Sunway Piramid ni bagi aku , shopping mall yang dah cukup sempurna ! Semua ada dalam ni dan menariknya ,banyak pilihan serta berpatutan harganya.
Tempat meletak kereta pun takde masalah. Bertingkat tingkat ada ! Senang sangat dan banyak pilihan. Nak lagi mudah , parking je kat B1 pastu ada Concierge dan akan bawak korang ke Lobby di tingkat 12.
Permandangan dari Best View ? Waaaaa…
Subuh hari..
Pagi..
Malam hari ..
Dan paling best , WiFinya yang superb ! Hahahaha.. Bagi yang nak buat kerja , memang tak perlu risau !
Ok.. bilik lak camana ? Bagi aku , dah ok dah bilik kat sini. Memadai dengan harganya. Nak masak pun boleh ! Haaa.. Memang dah bagi dapur untuk masak !
Tandas ? Bersih.. Puashati laaa ..
Yang penting , anak anak enjoy !
Dengan kod promosi ( RSBS9694 ) ni , mereka yang berminat nak luangkan masa untuk bercuti sambil bershopping mahupun bermain di taman tema , bolehlah menginap di sini. Sementara ada promosi !
Bagi yang nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke www.resortsuites.com.my