HARI SUAMI ISTERI eh ?? Aku terbaca tadi di salah satu akhbar online yg mana isunya pasal HARI KEKASIH ni haa .. Aiyoo … Ada orang ISLAM kat Malaysia ni kemaruk benar nak sambut ‘hari hari cinta ni ? ‘ . Udah-udah laaa .. Bawak googlekan diri tu …
Betul kata Dr Asri yang mana semua perayaan gini sebenarnya memberi keuntungan pada peniaga .. Restoran , kedai jual cenderemata , bunga dan byk lagi laa tapi pengisiannya ? Hari ni beria esok abis dah !
“ Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam. “
Kalau nak menghargai suami atau isteri kita , tak payah tunggu hari hari tertentu .. Sambut je la bila ada duit tu haaa .. Senang cerita .. Lupakan saja tarikh 14 FEBRUARI tu haaa .. Takde manfaat punya .. Nak sambut sangat , buat je 31 Ogos ! Satu Malaysia sambut punya !!