Aku tak kata aku ni bagus .. Dan aku tak pon kata keluarga aku ni sempurna dalam hal agama .. Tapi kan , sebagai manusia berjantina lelaki , manusia berjantina perempuan ni kena la faham .. kan kan ?
Masalah ! Serius masalah ! Kalau kita tegur secara direct , kita kena maki .. Tak pasal pasal gaduh dengan teman laki dia ke atau kengkawan dia kat situ . Kita doakan je la yer ..
Tapi apa guna kita ada laman sosial ? Utk maki hamun ? Untuk tayang muka agar jadi retis dunia maya ? Kumpul kengkawan ? Aiyoo .. macam macam boleh buat aneee ..
“ Tadikan .. aku terkedu la tgk satu awek cun ni ngan bf dia ni kt restoran aku makan nasi kandar .. Awek ni pakai tudung bersanggul tinggi tu la .. Pastu pakai dia tiga lapis pakaian .. Best part , tang dada tu ketat melekat walau tertutup ..Kira tayang free kat bf dia dan org ramai la..
Bestkan .. menda free .. free free je aku dpt dosa .. “
Status aku begini , ada kawan menegur mengatakan aku mengumpat .. Tak pasal pasal aku berdosa dengan si polan tu .. Kalaulah si pengomen tu bijak berfikir , dia pasti akan dapat tangkap apa yang cuba aku sampaikan ..
Aku puji dia sbb berpakaian menutup aurat tetapi malangnya tidaklah sempurna .. Dan aku pulak terang terang berdosa kerana tidak menjaga mata !
Tu jeee .. so simple .. Tapi dia berfikiran lain .. Yelah , otak dan cara berfikir tak sama tapi tolong belajar satu perkara .. JANGAN CEPAT JATUHKAN HUKUM kalau terkena pada batang hidung sendiri ..
Sapa makan cili , dia terasa pedas .. kan ? Kalau bukan aku menegur di mana aku mampu sampaikan pada beribu ribu orang sekali gus , mengapa tak begitu kan ?
Malangnya , di zaman ini .. orang kita tak leh tegur secara terus gitu .. Cara terbaik ialah menyindir .. Tu je yang mampu aku sebagai empunya fan page dan blog serta doakan agar kita semua senantiasa diberi hidayah dan juga pedoman ..
Tak sapa yang sempurna melainkan Allah ..