Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..
Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..
Ini bahagian 2 .. Bahagian 1 , boleh rujuk di SINI ..
Mulalah membaca kepada dia sekarang
“ Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya.
Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.
Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.
Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu.
Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur). “
Ulasan Qhaliff
Ayah selalu membaca kat saya . Tapi apa yang ayah baca , sepatah haram saya tak faham .. Yelah , dia baca smbil mata tertutup . Pastu guna bahasa alien laakk .. Mak gak bagus .. Dia selalu bacakan cerita kat bawah ni ..
Kenapa saya suka cerita ni ? Sbb saya suka dengar mak saya berkokok .. Sebijik cam ayam dara .. hehe ..
Perkembangan awal bahasa
“ Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh.
Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.
Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan. “
Ulasan Qhaliff
Yang ni , ayah mmg teror .. selalu dok cakap entah apa punya bahasa dengan saya .. Cakap je la bahasa biasa .. Ni nak tiru bahasa baby wat per .. Buruk benor bunyinya .. Cakap penang atau kelantan pon , saya faham. Maklumlah , kacuk .. heee ..
G pasar malam ? Mak tak nak .. Dia kata baik g shopping mall .. Best skit .. Lagi pon nak g pasar malam , bersesak sesak .. Sian kat saya , kata mak .. Sayaaangg mak ! Ayah ajak g gym je nanti ..
Sentuhan menjadi lebih sensitif
“Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya. “
Ulasan Qhaliff
Yang ni ayah suka buat .. dia suka main dengan kain kat saya .. Memang saya geram betul laa ngan ayah masa ni ..
Dengar kata , mak nak ajak g TOYS R’ US .. Nak beli mainan yg leh gigit gigit tu haaa .. Adoi maakk .. Apa kelas mainan tu ?? Ipad laa .. Tak pon Samsung S3 pon ok dah ..
Mula berinteraksi dengan orang lain
“ Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri. “
Ulasan Qhaliff
Ayah suka wat gak yang ni .. Suka bawak tgk cermin. Pastu ayah mesti kata ..
“ Hensem gak ayah kan ? “
Saya terpaksa akui dengan memberi senyuman .. Kalau tak , ayah akan letak semula saya kat tilam. Boring la dok baring jer ..
Mak lak ? Dia mmg selalu cakap ngan saya . Lebih lagi dok mengadu ayah tak nak beli beg LV online tu haaa .. Ololo.. sian maakk .. Nanti saya belikan yer ? Tunggu saya pandai menaip , saya bukak blog sendiri ! Letak iklan banyak banyak .. ok ?
_________________________________________________
Itulah dia perkembangan Qhaliff selama 3 bulan ni . Alhamdulillah.. walaupun lom leh guling guling lagi , Qhaliff semakin menunjukkan perkembangan positif seperti .. er .. apa eh ? Suka tengok mak ayah dia mengunyah .. senyum bila berbual dengan dia .. dan memalingkan muka bila panggil dia ..
Tamat ! Tunggu Qhaliff masuk 6 bulan lak eh .. Mesti dah boleh PEEWITTTT !!