Antara kenangan terakhir cermin mata aku bersama aku sblm dilaporkan hilang hari ini ! Hilang tanpa dpt dikesan sama sekali !!
Kali terakhir aku memakainya , aku ke gym tadi .. Pastu masa naik kereta , aku memandu ke kedai gunting rambut untuk mengkacakkan lagi rupa aku … Lepas tu , aku kembali ke kereta , aku dapati permandangan aku terlalu jelas dan nyata seperti Superman. Aku tak nak kantoi yang aku ada kaitan dengan Superman.. Aku kembali ke kedai gunting rambut tersebut lalu bertanya khabar mengenai cermin mata aku tu.. Orang tu kata takde .. Iskhh.. Biar betik rambutan durian dan juga mangga ni !! Hilang gitu jer ?
Perlukah aku meminta bantuan Raja Bomoh ? Iskh.. Jangan.. Aku akan ditampar juga seperti buaya nanti ! Hurmmm ..
Ahaaa.. inilah peluang yg ditunggu tunggu.. Cermin mata tu dah berusia lebih 2 tahun. Segala jenis kulat dah ada kat bingkai tu. Dah tiba masanya untuk menukar yang baru dan lebih elegan.
Apakah aku akan kelihatan lebih kacak dari Clark Kent selepas ini ? Hehehe.. Er , ada kedai cermin mata nak sponsor tak ? Hahahaha… Ada jugak yang komen marah aku nanti..
“ Asyik nak sponsorrrr jer !! “ .
Eh , mesti laaaa .. Win win apaa ! Bukan sponsor nganga ok !