Teringat kali pertama aku makan tapai .. terus aku muntah dan buang tapai tu… Rasa masam dia mmg pelik sangat aihhh .. Tapi aku suka makan menda masam… maka aku cuba lagi untuk makan ..
Selepas tu , aku suruh mak aku order lagi dan lagi dan lagi .. Hehehe.. Sejak tu , aku pantang nampak tapai .. Kalau dah mula makan , mmg tak boleh berenti dah .. Huhuhuh…
Tapai ni kalau makan banyak banyak , mmg boleh memabukkan .. orang kata la.. Aku tak pulak rasa mabuk bila makan byk byk.. Makin nak bertambah lagi ada la..
Tapai di dalam gambar ni , kat umah abang ipar aku nun di Besut . Sizenya agak berbeza dengan tapai yang biasa biasa aku makan dulu yang mana isinya lebih banyak dari yang ni .. Tapi rasanya sama !
Mungkin dia buat gini , lebih pada sekadar nak menjamah dan hayati hari raya .. bukan suruh mai melantak tak hengat punya ! Heeee..