Baru balik dari Ciao Ristorante , Kampung Pandan. Kali pertama aku disini.. Aku tak tahu langsung kewujudan restoran mewah ni di sini walhal sekolah aku dulu sini jer .. Tapi dulu , kawasan ni mmg terbiar je.. Sekarang jer dah meletup !
Bermula dari aku terima satu email dari company media pengiklanan online yang meminta aku hadir ke majlis tersebut. Bukan free yer.. Berbayar ! Kalau aku sebut harga , mesti tak caya. Aku cuma perlu hadir , dan amik gmbar.. pastu post je ke FB dan tweet ! Settle keje aku !
Jadual , pendaftaran media jam 10 pagi. Aku dah tiba kat sana jam 920 pagi. Biar awal dari lambat ! Disiplin perlu ada untuk terus kekal dalam bidang ni .. Kalau rasa diri tu dah cukup bagus , dah cukup popular , sila abaikan part disiplin tu. Nanti tau la mana hala tuju karier tu.. Heh..
Sampai je sana , terus aku cari PR yang patut aku temui tu. Rupanya job aku terima ni dari agensi Singapura dan berkerjasama dengan PR di Malaysia. Aku sorang je lak tu melayu.. Bangga siut .. Yang lain , media cetak seperti Harian Metro.
Memandangkan event belum bermula , aku dibawa bertemu pegawai atasan Petronas yang incharge majlis tu.. Berkenalan pastu dijemput minum dulu sementara menanti majlis bermula.
Hurm… Bangga dalam diri.. Aku hadir atas tiket blogger . Bukan kali pertama. Di Toulouse , Perancis ari tu pon gitu gak. Pegawai atasan AirBus datang melayan kami. Bawa gi makan dan pusing bandar penerbangan tu..
Kalau tanya aku , apakah aku menyesal berenti kerja kerajaan , maka jawapan aku.. aku silap tak mula dari awal lagi ! Kalau tau , awal awal lagi aku nak bergelar blogger !
Untuk pengetahuan , aku mmg bercita cita nak jadi penulis dan alhamdulillah.. sejak jadi blogger ni , lebih 50% impian aku selama ni tercapai !
Seronok jadi blogger. Orang keliling kita pon mula hargai blogger yg mana dulu mereka cop blogger ni , sekadar mainkan isu panas dan huru harakan dunia online ! Sekarang , blogger memainkan peranan penting dalam duni pengiklanan !
Kesilapan bila blogger dah cipta nama ni ialah .. berlagak selebriti ! Dia terlupa , setiap hari ada je blogger muncul tanpa perlu masuk akademi fantasia !