Kempen Tukar dan Jimat ( Switch and Save ) Watsons , baru baru ni menarik minat aku. Dengan ketidaktentuan ekonomi masa kini membuatkan ramai pengguna seperti aku mencari produk produk alternatif yang lebih menjimatkan tetapi berkualiti. Dan Watsons telah mengambil peluang tersebut dengan memperkenalkan lagi produk produk jenamanya yang tidak asing lagi samada di Asia dan juga Eropah.
Media dan blogger yang hadir di majlis pelancaran , telah mencuba melalui sendiri ujian yang dipanggil ‘ Switch Test ‘ di suatu sudut berhampiran.
Kebanyakkan mereka telah memilih produk yang mana ianya merupakan jenama Watsons ! Ini menunjukkan mereka mengakui bahawa produk Watsons berada di dalam kelas tersendiri.
Antara produk produk berjenama Watsons yang sudah berada di pasaran dan diyakini ramai terutama pengguna setianya. Hehehehe..
Tujuan utama kempen ini adalah untuk mengajak para pengguna untuk berjimat cermat dan pada masa yang sama , masih menggunakan produk yang bagus serta berkualiti.
Ini diakui sendiri oleh salah seorang selebriti yang tidak asing lagi yang mana dia sendiri adalah pengguna setia produk Watsons. Fasha Sandha mengatakan yang dia sekeluarga sangat berpuashati dengan produk Watsons. Turut mengakui ialah Amber Chia.
Apa lagi ? Dah tiba masanya untuk memilih produk yang berkualiti dan jimat ! Jom tonton video ni !