Hampehhh ! Aku dah putus asa dengan SENHENG. Malas dah beli barang kat diorang . Aku suka beli kat diorang sebelum ni walaupun harganya agak mahal berbanding di kedai kedai lain adalah sebab servisnya dan juga jaminan yang diperolehi jika beli barang dengan mereka..
Tapi kes aircond aku yang rosak.. buat aku kecewa ! Dipanggil datang repair , jawapan diberi macam macam. Akhir sekali , orang yang datang check tu kata motherboard rosak ! Kena tunggu spare part dari kilang !
Masih ingat lagi aku.. waktu tu sebelum Tahun Baru Cina , 2016. Sehingga Tahun Baru Cina tahun 2017, takda perkembangan. Aku anggap aircond aku tu dah riosak. Malas dah nak pikir dah ! Tunggu ada duit , beli yang baru jer.. Oh ya , untuk jaminan untuk aircond aku tu adalah 5 tahun.
Nak dijadikan cerita.. baru baru ni aku ada pergi ke SENHENG , Bandar Baru Nilai .. nak beli printer. Terdesak punya kes. Di sana , aku tengok.. ramai staff baru. Aku cuba nasib sekali lagi buat report selepas beli printer. Dia pun suka cara aku yang tak banyak karenah semasa beli printer tu. Dan aku pun bagitau masalah aku. Dia amik butiran dan janji akan amik tindakan dalam masa beberapa hari !
Tak sampai seminggu , ada orang datang check aircond rumah aku. 'Orang' SENHENG. Dan dia check... tak sampai setengah jam , aircond aku beroperasi semula dengan riangnya !
Akhirnya , kembali sejuk ruang tamu umah aku tapi aku dah selesa dengan keadaan tanpa aircond ni di tambah lagi bil elektrik dah ok la skit berbanding sebelum guna aircond.. huhu ..Terima kasih SENHENG !