Sayup kedengaran .. Suara Zahra dalam bilik. Dok ‘memanggil’ mak dia .. Hahaha.. Mak dia tidur dah.. Memang dia akan wat tak tau jer.. Zahra akan tidur sendirinya. Bukan tak menyusukan dia tapi dia dah fresh ! Puas tidur siang kot tadi ? Semalam , lenaaa sampai ke subuh..
Aku ? Dengar suara dia ? Apa respon ? Apakah aku akan gi amik dia ? Perghhhhh .. Tunjuk muka pon tamo wooo… Nanti menjerit dia nampak muka aku ! Sure suh dukung. Aku ni dah la lembut hati !
Tapi dah terlalu lembut hati , makan diri sendiri ! Baru padan dengan muka ini .. Haaaa..
Hurm.. Zahra ni , lain skit dari Qhaliff.. Aku tak tau la kot dia berperangai sebab nak masuk bulan baru.. Apakah bila masuk bulan baru , perangai bertukar ? Eh , macam Werewolf lak ! Haahah ..
Apa pon , hari ni mmg satu ujian bagi aku membesarkan anak perempuan ! Bukan mudah wooo .. Sila hargai mak ayah anda..