Menangis tengok hindustan ?? Pergh.. ni bukan kali pertama .. Dalam hati ada taman ? Semua manusia ada taman dalam hatinya. Cuma samada taman tu dah kering atau senantiasa basah . Dan aku , biarlah basah kerana basah itulah menyelamatkan aku dari menjadi tidak berperikemanusiaan walaupun orang akan kata kita LEMBIK !
Saja mengimbau kenangan lama … Dan lama gak tak kuar airmata.. hahaha.. Antara babak yang menyebabkan aku kena smackdown ngan wife aku malam tadi ! Kul 1 pagi okeh ! Muahahha ..
Dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ghum.
Mungkin akan ada kata .. “ Eeee.. geli arrr .. “ . Tapi bagi aku filem ni mudah jer .. Mengenai kekeluargaan.. Talian kekeluargaan amat penting dalam hidup kita . Yelah , ada yang pandang remeh bila dah ada kekasih atau keluarganya sendiri sampai mengenepikan mak bapak dia yang membesarkan dia selama ini ..
Walaupun sekadar filem , aku tetap terasa sayu bila mengenangkan orang tua aku yang banyak berkorban utk anak-anaknya walaupun masing masing dah punya keluarga sendiri ! Orang tua aku tetap berleter kalau aku depan mata , dan aku tersenyum je .. Aku tetap anak kecil mereka sampai bila bila !
Hurm.. cam biasa , hindustan tetap hindustan.. Sekadar perkongsian. Tak nak tengok , lagi bagus.. kan kan ? Aku pon tak syorkan suruh tengok .. hehe ..