Peluang jumpa doktor yang baik hati tadi , digunakan aku sebaik mungkin. Segala menda aku tanya kat dia ..
“ Doktor , tu taik lalat dia ke taik hidung dia ? “
Aku nak je tanya dia tapi segan laaak .. hehehe .. Jadi aku tanya je soalan tu , dalam hati aku jer .. hehe .. Tapi ada la aku tanya soalan soalan yang berkaitan cam melecet tu dengan harapan , dapat la ubat free kan ? Memang dapat laa pon ..
Selepas mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya pada doktor , aku ngan mak mertua aku pon keluar dari bilik tu.. Eh , terlupa lak Qhaliff kat doktor tu .. hehe .. Tak de laaa.. Giler pe terlupaa anak ! Tapi aku sering lupa umur dia daaa .. Kalau orang tanya , dari ari tu sampai sekarang , asik 7 hari jer .. Hehehe .. Teruk kan ? Apa nak buat kan ? Aku asik fikirkan masalah negara memanjang ..
Keluar dari bilik doktor , terus ke bahagian Farmasi.. Scan nombor giliran dulu ..
“ Sila hubungi bahagian pertanyaan .. “
Pulak.. time time gini dia leh wat lawak hindustan laakkk .. Aku nak cepat balik ni .. Try sekali lagi .. Sama gakkk ..
“ Cik , scan ni rosak ke ? Kalau rosak , saya nak masuk tender ni .. Kot leh supply barang kat hospital kerajaan .. Masyuk woo .. “
Aku nak je tanya gitu tapi aku tau , aku baikhati..
“ Cik , scan ni tak sihat ke ? Dah bawak jumpa doktor ? “
Ok , aku tak tanya gitu gak ..Kang aku kena humban keluar lak ..
“ Cik , kenapa nama tak keluar ? “
Dia jawab .. “ Order tak sampai lagi .. “
Oh.. boleh lagu tuu ehh .. Efisien sungguh laa hospital kerajaan skang ni.. Sapa laa yg dapat projek tu yer .. huu ..
Tak lama kemudian , nombor aku dipanggil setelah discan 5 kali .. Dapat dahhh ubat .. Selamat RM30 .. Perghh.. banyak tuu .. Leh layan Frutti Tutti tuuu ..
Bila aku kembali ke mak mertua dan Qhaliff , ada seorang perempuan kat situ dok berborak ..
“ Abang ben eh ? Qhaliff tak sihat ke ? Bla bla bla …. “
Amboi.. Dia leh kenal Qhaliff ?? Padahal Qhaliff dok lepak ngan mak mertua aku tuuuu .. Perghh.. bagus tul daya ingatan dia .. Kalau aku ,sahih lupa dah rupa camana .. Nasib baik anak sendiri .. hahaha ..
Jaja .. Dia perkenalkan diri sebagai Jaja .. Antara pembaca blog Benashaari.com ni .. hehe .. Tak sia sia laaa aku update blog .. Ramai kawan kat Putrajaya ni .. hehe ..
Dan Qhaliff.. Tamo dah letak muka diaaa.. Dia lagi popular dari ayah dia skang ni .. Mana aci !!