Kecewanya seorang ayah ..

by - Khamis, April 12, 2012

 

image

Alhamdulillah .. Dah jumpa doktor dan dia bagitau Qhaliff takde apa apa .. Tu normal je .. Ubun ubun yang dikatakan bengkak sedikit tu akan surut dengan sendirinya nanti seperti mana yang pernah diceritakan oleh rakan rakan pembaca pada entri yg lepas..

Sebelum aku masuk jumpa doktor , di luar bilik menunggu tu ada seorang penjawat awam yang nak dapatkan pemeriksaan doktor kerana tekanan darah tinggi ..

Dia yang mulakan perbualan dengan menanyakan keadaan anak aku .. Kemudian dia menyuruh aku merakamkan segala pembesaran Qhaliff serta menyimpan segala resit resit perubatan , perbelanjaan dia agar satu hari nanti , berikan pada anak itu agar dia menyedari susah senang membesarkannya ..

Dia kecewa .. Anak lelakinya yang berusia 17 tahun , bersikap kurang ajar dengannya sehingga dia mendapat tekanan darah tinggi. Kesian aku tengok dia .. Katanya lagi , anak sulungnya tiada masalah .. Anak keduanya itu penuh dengan masalah ..

Katanya , anak lelaki yg bersekolah di Sek. Men. Taman Maluri tu bercampur dengan budak nakal serta mengatakan sekolah tu di kelilingi budak budak samseng  Sekolah Menengah Datok Lokman ..

Dengan senyuman aku jawab kat dia .. “ Saya bersekolah di Datok Lokman tu .. “ .. Dalam hati , aku tak samseng pon sejak bersekolah kat situ .. Bagi aku , mana mana sekolah , ada samsengnya..

Apa yang pasti , dia mmg kecewa dengan anaknya yang langsung tidak tau menghormatinya dan juga ibunya .. Boleh lihat dari raut wajahnya ..

Cadangannya tu bernas.. Rekodkan .. Ya , aku rekodkan dalam blog ini .. Biar Qhaliff baca sendiri log ayahnya satu hari nanti .. Biar dia tau , susah senang ibunya membesarkannya .. Aku , tak pe la.. Dah tanggungjawab aku ..

You May Also Like

26 comments

  1. abg ben, kadang2 anak tu jadi macam tu disebabkan oleh ibu bapa sendiri.

    salah satu faktor drpd ibu bapa ialah pemakanan anak2.
    perlu dipastikan daripada sumber yang halal, tak ada kaitan dengan rasuah, nauzubillah, dan tidak ada kaitan dengan sumber2 riba.

    kadang2 kita tak perasan, tapi efek akan datang kemudian, pada anak itu. Semoga anak2 kita makan makanan halalan thoyyiban (yang halal lagi baik.)

    BalasPadam
  2. kesiannya kat pakcik tu.. Hmmm :'O

    BalasPadam
  3. wah, mata Qhaliff sgat cantik...Alhamdulillah~

    BalasPadam
  4. Insya Allah...Muhammad Qhaliff Iman akan punya budi pekerti mulia... ^__^

    BalasPadam
  5. insyaAllah.. semoga qhaliff menjadi anak yg baik dan mendengar cakap..

    BalasPadam
  6. Semoga Qhaliff menjadi seorang anak yg berguna kpd abg ben dan isteri :)

    BalasPadam
  7. didiklah anak dgn ilmu agama... jgn turutkan kehendak anak dgn harta benda...

    BalasPadam
  8. Ciannya pacik tu,mmg rasa sedih bila anak yang kita besarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya itu yang dibalasnya dengan kita.

    lain yang diharafkan lain pulak kejadiannya.

    moga anak pacik tu mendapat hidayah

    insyallah Muhammad qhaliff iman,Besor nanti jadi anak yang soleh.amin~

    BalasPadam
  9. @Cik Nani Noraini ada betulnya apa yg cik nani cakap tu..bagi anak mkn dari sumber halal tu penting..sebab tu ramai je anak2 org miskin cemerlang..walau ayah setakat petani nelayan tapi bagi anak mkn dgn hasil kudrat perit jerih sendiri..

    tapi ujian allah siapa yg tau..iman tak dapat diwarisi..kadang2 apa yg terjadi kifarah dosa2 kita yg lalu..kena banyakkan doa dan muhasabah diri..peringatan utk diri sendiri..

    BalasPadam
  10. sedey lak baca..

    insyaallah Muhammad Qhaliff Iman anak yg soleh ^_^

    BalasPadam
  11. Smg qhaliff jadi anak yang soleh.

    Doakan yg baik2 saja utk anak-anak. InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. Beratnya dugaan membesarkan anank2 zaman sekarang..yang penting doa jangan putus..

    BalasPadam
  13. Sikap anak2 ni adalah daripada didikan ibubapa.Bukan salah cikgu atau sapa2..

    BalasPadam
  14. Tp betui abg ben bdk2 skrg krg ajaq dia lain mcm ckit

    BalasPadam
  15. didiklah anak ikut peingkat2 dia. kan Islam dah bagi panduan.
    sebab ada mak bapak yg anak dah besar pun masih treat macam budak kecik. bila anak berontak mulalah nak sakit jantung segala bagai. hormat pendirian dan diri anak tu dulu sebelum kita nak dorang hormat kita. lagi satu, jangan samakan didikan kita waktu kecik dengan dorang. setiap zaman ada cara yang tersendiri. ikut je garis panduan dalam Islam. insya Allah, selamatlah anak tu. ;D

    BalasPadam
  16. comel,comel,comellll sangat Qhaliff,,mata celik mcm umur dah bulan2,,;)

    BalasPadam
  17. pernah terpikir nak smpan semua resit2 tapi buat ape la kan..dh la byk sgt baru 4 bulan dh byk resit2 nya blm 17 tahun lagi..

    BalasPadam
  18. susah jugak jadi ibu bapa nih,,,,

    BalasPadam
  19. tu la suka duka membesar kan anak..dulu kita pun muda mudi mmg sng je sakitkan ati mak bpk..skg ni da de anak..saya lak dok pikir "..leh ke aku didik anak aku sebaik mgkin jd insan yg berguna bile besar nnt..jgn sebaliknya" hah amik ubat..baru tau...(teringat zaman dpt anak sorang mcm Abg Ben..huhu)

    BalasPadam
  20. peringatan..untuk diri sendiri sebagai seorang anak..n persedian utk 1 hri nnt..InsyaAllah..

    baby Qhaliff,..be gud boy ok

    BalasPadam
  21. thanks sharing cerita macam nih.

    cerita yang buat kami ibu ayah tersedar , kadang-kadang kita dah beri yang terbaik pada anak kita ..
    dan berharap everything goes well. tapi bila berlaku hal-hal yang tak diingini,kita mula tanya kat mana silapnya.

    saya pun ambil langkah cerita sebanyak mungkin kat blog..

    tentu tak details macam en.ben sebab saya baru ber blogging , anak dah besar.

    errmm..

    kan lagi best kalau en.ben dapat buat satu ruang khas , apa2 entry tentang ben jr. kita boleh refer kat situ..

    maklum lah..

    ben jr. byk peminat..

    :)

    (sbnrnya saya salah seorang yang suka baca pasal dia..
    everyday he become cuter..cutest..
    comel cam mamanya..)

    BalasPadam
  22. budak2 zaman sekarang mmg berbeza sgt dgn budak2 zaman dulu......tak tahu nak salahkan siapa....

    BalasPadam
  23. bengkak kat ubun2..memang akan surut dengan sendiri. macam anak kayrul dulu bengkak agak besar...terpaksa la tuam kepala baby tiap-tiap hari..lama gak la nak surut, dekat sebulan...

    BalasPadam