Semalam !
Hari ini ..
Esok ???
Plan nak kena kasi mantap sebelum 21hb ni ! ARghhh .. kalau tak nanti dalam tv nampa demookkkk !! Huh .. Tv ??? Opss ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Semalam !
Hari ini ..
Esok ???
Plan nak kena kasi mantap sebelum 21hb ni ! ARghhh .. kalau tak nanti dalam tv nampa demookkkk !! Huh .. Tv ??? Opss ...
Satu hari nanti , bila dia tengok dia sendiri pasti dia akan ketawa .. Seolah dia tak percaya itu dia .. hehe.. Karenah , telatah dia pasti satu hari nanti akan dirindui. Huhu..
Masa pantas berlalu .. Kita nak dia merangkak..Kita nak dia berjalan .. Kita nak dia berlari.. Tiba tiba merindui saat saat dia lahir dulu dan berada dlm pelukan kita .. hurmm..
Selagi boleh rakam , rakamlah.. Semua ini adalah kenangan yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.
Bila aku renung wajah arwah Ahmad Busu , terasa tenang dan timbul sejuta rasa syahdu dan insaf. Dulu dialah antara manusia yang menceriakan hari hari aku dikala aku dalam keadaan boring , tertekan dengan lawak lawak spontannya dalam sitkom PI MAI PI MAI TANG TU.
Sekejap je masa berlalu.Muda lagi arwah. Baru berusia 60an. Aku , dah hampir 40 tahun. Tahu tahu je , kita dijemput pulang kepadaNya.. Tu pun masih ada manusia yang tak sedar diri seolah akan hidup selamanya.
Bagi aku, Allahyarham Ahmad Busu adalah pelawak yang original. Tak perlu buat gaya slaptik , meniru gaya orang bagi orang tertawa. Itulah mahalnya pelawak yang asli. Berbeza dgn skang ni .. Ada yang terpaksa membodohkan diri untuk bagi orang ketawa .. hurmm.. Entahlah..
Semoga Allah mencucuri rahmat buat rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatehah.
Tengok tv ? Kejap jer .. Pastu dia selongkar buku buku.. Pon boring dah .. Dia ke dapur .. Cari apa nak makan ! Tak de apa sbb semua dah disorok dari mata dia !!!
Kesian.. Aku buat satu mangkuk corn flakes. Aku pun lapar gak ni.. Leh kongsi dua .. huhu ..
Sasaran dia , bukan nak makan sangat tapi dia nak mangkuk dan sudu tu ! Abis je makan , terus dia attack aku.. Nak amik .. Bila tak bagi , termuncung muncung diaa merajuk.. Ololoooo .. ciannnn ..
Aku pon kasi laaa .. Bersungguh dia balas dendam kat aku ! Dia ketuk kuat kuat woooo ! Tapi aku rasa ketukan dia tu tak la sepower orang dewasa punya .. hehehe ..
Tanggapan aku silap sama sekali ! Terus aku capai mangkuk dan buang .. Dan dia , aku kasi kat mak dia ! Puashati kot dia sbb tak sampai 5 minit , dia lena terus !
Huwaaaaaaaaaaaaaa..
Selepas makan beberapa suap , dia terus jadi lasak semacam ! Terus aku tak boleh nak kawal dia di Alamanda tadi. Yelah , aku dukung dia.Bila aku lepaskan dia , abis dia serang booth booth yang terletak di kiri kanan ! Adoiyai.. Mak dia lak tolak troli. Ada kat belakang ! Lambat sampai haaa .. aRghhhhh ..
Sesampai je rumah , dia punya keaktifan masih di luar jangkaan . Berlari sana sini ! Tak pernah tengok gini .. Maka kesimpulan yang boleh dibuat mungkin sbb Tutti Frutti .. Yelah kandungan gula kan ? Hurmmm.. Pasni tak leh kasi dah …
Dia diam jap masa tengok Upin Ipin .. Gaya dia pon .. pelik haaa !!
Berita penculikkan kanak kanak berusia 20 bulan ( Qhaliff 18 bulan ) buatkan aku rasa sayu dan kasihkan sangat pada ibunya. Syukur pada Allah , anaknya berjaya dijumpai semula. Tahniah buat masyarakat kita yang prihatin isu begini ..
Cerita lanjut leh baca kat SINI ..
Apa yang buat aku risau ialah , penjenayah tak kira la warga tempatan mahupun warga asing semakin berani buat kerja mereka secara terang terangan tanpa rasa takut dah !
Hurmm.. Seperti kita tahu , polis tak mencukupi dalam negara ditambah lagi dengan peralatan mereka yang masih belum capai tahap yang sepatutnya padahal dah patut dapat pon !
Camana nak banteras jenayah ? Kalau Brunei dah berani buat hudud .. Pastinya ramai orang takut nak buat jahat kan ? Takat penjara berani lagi.. Kalau potong tangan ? Haaa ..
Aku nak tidur malam pon tak berani haaa .. Jiran jiran pon kata gitu gak apatah lagi sejak kebelakangan ni , banyak pulak amaran disebarkan meminta berhati hati .. hurmm..
-iklan-
Kami nk share kebaikan produk yg sedang hottt di pasaran!
-Syampu Marine Essence
-Body Wash Marine Essence
-Beauty bar Marine Essence aka Sabun ketiak leher
Kebaikan;
Nak tak tahu tak apa Kebaikan Produk Marine Essence ni... ?
Paraben Free
Soup Free
SLES Free
Anti Bacterial
Anti Oxidant
Nak tahu lanjut? Boleh tengok gambar yang kami sertakan di bawah yer darling!
Lagi satu nak bagitahu, fungsi sabun bar dan body wash tu sama saja ye darling cuma dalam bentuk berbeza. Those yg rasa leceh pakai sabun ketul-ketul, so boleh ambil body wash yer darls!
Sesapa yg sangat cintakan alam semulajadi, jom try produk ni jom!
Then, Rata- rata customer cakap sabun ni menyengat betul wanginya . so kita akan rasa segar je bila membau aromaterapi sabun marine essence ni.
Dan bila dh pakai sabun ni tak payah pakai deodorant lagi... Yerr laa, bau badan & bau ketiak pon hilangg! Bukan aje hilangkan hitam-hitam, tapi BAU nya juga!
Tak caya ? Jom try!
Fb Page : ELZ BEAUTY
Instagram : @elzbeauty
Blog owner : SOFFYA CIK BULAN
No Fon utk dihubungi: 0179212631
Lebih 30 ribu LIKE , 888 komen dan yang SHARE hampir 1,300 !! Adehhhh .. Aku tak sangka sebenarnya. Aku tertarik dengan info yg tertulis di dlm gambar yang dah ramai kongsikan ni . Rupanya , bukan aku saja yang tertarik .. hehehe ..
Bukan apa , aku jarang la nak kumpul kumpul LIKE ni melainkan kalau ada contest. Tu pun dulu dulu. Skang ni tak gemar dah nak join contest bercorak LIKE LIKE ni.. hehe ..
Apa yang menarik minat aku ialah , orang kita ni mmg gemar ‘berbahas’ dalam ruang komen eh ? Tak kira la di FB ke , blog ke .. asal ada ruang REPLY atau COMMENT , pasti diisi dengan jayanya. Pastu bila ada yang tak senang dengan komen tu , maka mulalah perbahasan ..
Bagus gitu cuma yang tak bagus ialah bila ada yang mula guna bahasa kesat atau tak comel .. Tu yang kureng tuuu .. Tamo la gitu ehh ..
Oh ya la .. ada yang kata aku pengumpul LIKES ..hehehee .. Maaf la yer , aku baru nak aktifkan semula page aku ni setelah lama terbiar sepi. Bila aku tumpu yang ni , Twitter aku lak terbiar sepi .. Aiyoooo .. Susah woo mau kasi keadilan .. hahaha ..
Hehee .. Lama dah aku tak layan Char Kuey Teow yang sedap .. Dulu dapat la rasa bila ada sorang pakcik kat Taman Tenaga , Cheras tu buatkan .. Perghh.. memang siap bungkus punya laa.. Tapi sejak anak dia amik alih , terus merundum. Takde orang dah gi makan .. huhu ..
Ok , semalam … adik ipar wife aku ajak gi makan la Char Kuey Teow yang sodap kat area rumah dia . Aku yang sedang kelaparan , ok kan ajaaa .. hehehe .. Asal konyang , udahhh ..
Terletak berhampiran Penjara Sg. Buloh , tempat ni mmg mudah dijumpai. Dekat dengan stesen Petronas tu jer.. Depan jee skit .. Hehehe..
Amacam ? Menyelerakan tak ? Seriuss .. Aku sendiri bedal 2 pinggan. Kalau tak kerana Qhaliff yang dok merayau sana sini , mungkin akan cecah 3 pinggan woooo !! hahaha …
Harga ? Tak mahal mana pon .. Jangan bawak RM1 dah laaa .. Oh ya, selain CKT ni , ada makanan lain .. Haa.. Pon sedappp ! Gi la try .. heee ..
Semakin pelik manusia zaman ni . Nak kata tak de agama , ada .. Nak kata tak tau undang2 , melampau la pulak .. Dah tu , napa laa dok kerja yang saja mengundang penjara dan bala Allah tu ?
Nak dijadikan cerita .. Ada la kawan aku ni semalam .. Dia cerita la yang kat tempat tinggal dia tu, ramai dah tak nak bayar duit upah pengawal keselamatan yang selama ni mereka bayar dalam lingkungan RM50 untuk sebuah rumah. Aku tanya la kenapa ?
Hurmmm .. Dia kata orang yang bertanggungjawab pegang duit dah kebas sejumlah duit yang sepatutnya mereka bayar pada syarikat yang membekalkan pengawal keselamatan ke taman mereka tu !
Kesannya , skang ni ramai dah tak nak bayar ! Haa.. Camana tu ? Kalau dah tak nak bayar , abis tu sapa mau jaga kawasan tu yang mana kerap berlaku pecah rumah ! Perghhh..
Aman la sangat eh ? Aku terus terang la.. Aku nak tidur malam pon takut takut ! Walaupun negara kita ni takde perang dan kebuluran tahap Somalia tapi sebenarnya ? Hanya kita saja tau … kan kan ?
Semoga Allah lindungi Malaysia .. Cakap lebih lebih kang , ada pulak suruh aku pi duduk negara lain ! Dah tak boleh cakap apa apa dah skang ni !! Serupa FAM dah .. Caittss ..