Viral di media sosial sebelum ni mengatakan yang Bangi Wonderland Theme Park indah khabar dari rupa… aku tak tau sebab aku tak pergi waktu tu.. Sebab tu aku suka pergi mana mana tempat , selepas berbulan di buka. Beri peluang untuk mereka tingkatkan kualiti atau aku akan beri review yang tak sepatutnya..
Alhamdulillah.. hari ni , aku bersama keluarga #KBBA9 berpeluang mengunjungi Bangi Wonderland Theme Park selepas melihatnya viral di Facebook. Teringin nak merasainya sendiri.. best ke atau sebaliknya ? Hurmm..
Bangi Wonderland Theme Park and Resort ni terletak di No 2 Persiaran Bangi Avenue , Bangi Avenue 43000 Kajang ,Selangor dan beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 6 petang , Bangi Wonderland Theme Park mengenaikan harga tiket yang mana bagi aku amat berpatutan. Nak kata mahal , tak patut gak sebab memang akan puas anak anak kita bermain di dalam nanti !
Ok.. harga dah tau.. Makanan luar dilarang bawa. Dalam ada jual. Harga , ok la.. Tapi bukan harga seperti di pasar malam yer.. Heee.. Contoh cam laksa , RM7…Nugget , RM4.
Permainan dia ok ke ??? Kalau tengok dari gambar peta , macam best.. Tapi paham paham je la kan zaman ni.. Dari gambar je mana boleh caya kan ? Kena gi tengok sendiri.. kan kan ?
Amacam ? Gempak kan ? Serius.. aku tergoda masa tengok gambar ni. Tapi selepas viral negatif tu , ketergodaan aku ke laut ! Sehinggalah aku pergi sendiri , hari ini ! Dan… aku sendiri tak sabar nak gi masuk dalam kolam ! Haahahha..
Berbaloi ! Sila pergi awal yer atau nak parking nanti memang susah dah ! Memang ramai orang wooo kalau gi hari cuti cam Krismas ni. Hari lain , aku tak pasti. Nanti nak try gi hari biasa lak..
Satu je nasihat aku ketika berada di sini.. Kalau nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat , sila pakai selipar yang getahnya mencengkam yer. Jangan berkaki ayam sebab ada tempat tempat agak licin.
Ada disediakan laluan berkaki ayam dan sila gunakan..
Amacam ? Jangan bandingkan dengan taman tema yang lain sebab ni baru je bukak.. Dan harga pon ok la. Nak murah lagi , kena beli kolam kat pasaraya tu dan mandi depan umah.. Heeee.. Jangan marah aaa..
Ok.. untuk pertanyaan lebih lanjut , sila hubungi admin Bangi Wonderland.