Masalah sebenarnya.. Kejadian berlaku di Times Square tengahari tadi. Dalam lif , ada la sepasang laki bini bersama kitorang. Si isteri nampak peramah. Dia menegur Aariz. Aku memandang dia. Kelihatan dia seperti mengandung.. kot ?
Si isteri menegur wife… dia bertanyakan umur Aariz. Wife menjawab. Dan kemudian wife pon bertanya kembali..
“ Mengandung ke ? “.
Soalan ni maut sebenarnya. Kalau orang tu jenis sinis , dia akan bagi jawapan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia jenis matang , dia akan jawab dengan ramahnya..
“ Ya.. “. Jawab si isteri. Aku tahu soalan seterusnya iaitu berapa bulan. Aku pun sebenarnya nak bertanya memandangkan dia seorang yang ramah.
Tetapi..tak sempat bertanya lif berhenti di tingkat yang mereka inginkan. Si suami bersuara..
“ Tak.. dia cuma gemuk saja.. “.
Serius.. sangat kurang ajar cara dia menjawabnya. Aku mampu gelengkan kepala jer. Nasib baik dah keluar.. kalau tak , mau aku jawab semula jer.. Tapi aku malas dah sekarang ni nak bertekak dengan orang tak dikenali.. Mampu istighfar dan lupakan saja..
Susah jugak dalam situasi gini. Kalau kita diam dan tak beramah mesra , dikatakan sombong.. Kalau nak tanya , dalam keadaan gitu yang masa tidak begitu banyak , kena tanya soalan yang ada di kepala je la kan ?
Entah laa.. serba salah sebenarnya.. Buat cam aku jer mudah pasni.. Pakai earphone dan wat dek ! Lantak laaa..