Ni gaya budak 2 bulan tidur .. 67 hari gitu .. Tak nampak langsung cam baby 2 bulan .. Tadi , dia dah mula memerhatikan permainan yang ada bunyi.. saja aku ajuk dia untuk pegang dan dia dah bagi respon .. Huhuh.. Aku rasa tak lama lagi aku pakat rebut remote tv ngan dia ni ..
Nak dijadikan cerita , tadi lagi laaa .. Waktu dia jaga selepas maghrib .. Menyusu badan .. Wife lak menyanyi kat dia .. Kira ala ala cam kat kopitiam dah lagaknya .. Bila wife menyanyi , dia berenti dan pandang kat wife .. Wife diam , dia sambung balik apa yang dia buat tadi .. Wife nyanyi semula , dia berenti dan pandang .. Seolah olah nak bgi tumpuan pada nyanyian wife !! Amboiii , budak niii .. Bila aku nyanyi , dia tidur terusss !! Mana aciiii ..
Kalau Qhaliff dah mula menerima pembelajaran pada usia begini , nampaknya aku ngan wife kena hati hati dari segala tindak tanduk kerana dia akan belajar dari kami ..
Buku sebagai panduan menjaga baby , byk dah ada .. tapi satu pon lom khatam lagi.. hahaha ..
Setelah beberapa hari Qhaliff kat rumah ni , aku tau yang biasanya dia meragam menangis tu sbb angin nak sendawa .. Bila dah angin dah keluar , baru dia leh senyum riang .. Haaa ..
Banyak angin si Qhaliff ni .. ikut perangai sapa pon tak tau laaa.. Kalau nak kata perangai aku , aku ni spesis budak baik .. Kira angin angin ni , jauh laa.. sejuk cam aisberg jee aku ni , mak aku kata ..
Konon ..