Semalam , selepas subuh .. aku terus bersiap untuk ke SACC untuk program sukarelawan tu.. Di sana , mmg tak dapat duduk rileks la.. Memang bergerak je memanjang.. Ditambah lagi dengan keadaan perut yang sangat tidak selesa tu.. Hurmm .
Program habis, aku terus balik rumah.. Tak berbuka bersama rakan rakan di SACC tu. Aku nak berbuka di rumah dengan keluarga aku. Alhamdulillah..
Sewaktu di sana , aku kerap whatsapp wife bertanyakan khabar kedua dua permata aku ni.. Bukan apa , bukan mudah nak kawal dioang ni terutama Qhaliff yang mana sel sel otaknya kerap berhubung setiap 0.000000001 saat ! Ada saja dia nak buat !
Dan setengah hari mereka dihabiskan dengan tidur ! Waahhhh .. lamanya tidur ???
Hurm… mananya tak lamaa tidur di siang hari ! Malamnya tidur kul 2 pagi gitu haaa ..
Bayangkan semalam .. aku balik dari program tu.. sakit kepala.. badan lesu.. dan mereka tak nak tidur hingga jam 2 pagi gitu ! Sorang sorang buat hal !
Qhaliff.. tak tidur tak pe.. Tapi bila dia tak tidur ,dia buat bising ! Allah.. geramnyaaa ! Kalau dia sorang je tak pe la.. Ni dia dah ada adik..
Bila dia bising , adiknya yang dah berkali kali terlelap tu , terjaga semula dan mula menangis ! Dia punya menangis bukanlah tahap lagu hindustan tapi terus ke Heavy Metal !
Dah dua dua tak nak tidur.. wife pulak dah mmg tak larat nak handle.. Aku la kena bagi dua dua tidur ! Aku sendiri pon dah terhoyong hayang..
Bila dah dua dua tidur .. satu kenikmatan yang tak terhingga bila dapat tutup mata untuk beberapa jam ! Bangun sahur pon tak sedar. Aku makan apa pon tak ingat tadi.. hahaha ..
Tengok bola ?? Huh.. takde maknanya laaa ! Dan sehingga jam 10 pagi ni , dua dua masih lena .. dan aku dah mula bekerja !
Cari rezeki … heeee.. Ingat kawin hanya untuk satukan perasaan je ke ?? I love u , u love me pastu jom kawin .. buat anak.. Pastu tak reti nak jaga ! Haaaaa.. Tu pasal mak bapak suruh gi sekolah .. belajar tinggi tinggi.. bukan suruh keja bagus bagus tapi suruh manfaatkan ilmu yang dipungut tuuuu …