Aku selalu je lalu Kuantan ni. Tapi tak pernah terperasan akan Sg.Lembing. Yang aku tahu , Taman Negara yang terletak di Pahang. Di usia 40 tahun barulah aku tahu yang Pahang punya bandar kecil yang punya sejarah terkenal di dunia ! Haaa.. korang pon tak tau kan ? Apakah tarikan bersejarah tu ?
Hurmm.. Sepanjang hari berada di bandar Sg. Lembing ni , barulah aku tau akan tarikan serta sejarah yang membuka mata dunia. Di sinilah terletaknya lombong bijik timah terbesar dan terdalam di dunia ! Tau tak? Haa…. juga dikenali sebagai El Dorador Timur.
Serius , aku kagum bila tengok replika lombong Sg. Lembing ni. Aku rasa , sekolah sekolah di Malaysia patut buat rombongan ke sini. Sangat membuka mata ! Biar anak anak masa kini tau betapa sukarnya nak membangunkan serta memajukan sesebuah bandar .
Kedua , tempat yang patut lawat ialah.. bekas lombong Sg.Lembin ni sendiri.. Fuh , memang best ! Biasa dok tengok filem mengenai lombong bijih ni.. tapi kali ni , dapat masuk dan alami sendiri betapa manusia satu tika dulu , bergadai nyawa untuk teruskan kehidupan..
Dalam ni satu tika dulu , memang panas ! Nasib baik ketika kitorang gi tu , sejuk sedikit cuacanya.. Huhuh.. Terasa macam ada aircond dalam ni.. Heee.. walhal ? Fuhhh..
Dua tempat menarik ini adalah ‘pembuka selera’ untuk kitorang. Hehehe.. Dan paling menariknya ialah..
Nak pergi ke resort ni , kena masuk dengan mengunakan pacuan 4 roda ! Haaa.. Memang best ! Terasa cam join Camel Trophy jer.. Hehehe.. Pastu .. pastu.. dalam ni korang akan tinggalkan semua gadget ! Kenapa ? Sebab tiada signal sama sekali. Untuk buat call tu , ada la.. tapi internet , enggak ada dong ! Hahahaha..
Tu belum tengok resortnya yang cukup mendamaikan ! Bayangkan kat sini.. tiada gangguan ! Memang betul betul dalam hutan. Haaaa.. Masa ni la korang akan dapat mengenali hati budi kawan kawan korang terutama bagi mereka yang datang sini , mengadakan kem motivasi atau percutian berkumpulan.. Memang berbaloi !
Er , memang kitorang akan kembali ke sini. Nak join ? Nanti aku cerita pasal resort in eh.. hehehe.. Panjang lebar gitu ! Berminat ? Sila tempat dengan segera :
Call/Whatsapp: 013-4243333 / 019-524999