“ Abang , nak gi mana hari ni ? “ … Tanya wife.
Hurm… nak bergerak je , duit ni ! Nak gi mana eh ?? Jawapannya ialah .. Cari je mana yang terdekat .. Maka , sasaran kami ialah Putrajaya. Taman Cabaran dan Dataran Gemilang menjadi pilihan … Hehehhe ..
Seawal jam 10 pagi , dah ke Dataran Gemilang. Harapan tak ramai orang mandi lagi kat situ.. Tapi jangkaan aku meleset.. Hehehe.. Dah ramai orang rupanya..
Hehehe.. Matahari dah naik tapi suhu air masih mampu mengigilkan anak anak kecil.. heheheh .. Qhaliff ?
Hahahahaha .. Tak nak masuk ! Aku paksa dia .. Menangis kooo .. Tapi nangis dia jap je .. Keluar je dari kolam , terus ceria ! Berlari sana sini ..
Pastu makan jap.. Roti sardin dan bihun goreng yang dah disediakan oleh wife di kala Qhaliff masih tidur .. Mandikan dia jap , kemudian siap utk ke destinasi seterusnya iaitu ke Taman Cabaran !
Hurmm.. Kat sini tadi ada laaa sekumpulan budak budak yang aku rasa dalam usia 11 tahun ke atas bermain. Hurmmm.. Dok bermain kejar kejar dalam ni .. Pastu dengan selamba tolak Qhaliff ! Perghh.. Berasap je aku tengokk .. Apa lagi , aku ceramah terus la dalam tu.. Terus diam dan main panjat panjat semula diorang.. Nak tau apa aku kata ke ?
“ Ini bilik utk panjat dinding ! Bukan utk main kejar kejar . Nak main kejar kejar , gi main kat luar tuuu.. Luasss ! Kalau nak main panjat panjat , main dalam ni .. “. Pot pet pot pet je aku. Wife naik segan dah.
Bukan apa.. Diorang dah datang tanpa pengawasan. Pastu melompat sana sini. Kalau patah kaki , tengkuk ke .. camana ? Iskhhh…
Dalam setengah jam dalam ni , pastu balik.. Balik ikut Presint 20. Saja nak tengok orang main kapal terbang kawalan.. Hehehe.. Permainan orang kaya ni ..
Dalam kul 12 tengahari .. sampai rumah ! Jimat dah 200-300 untuk dua hari ni .. Hahahahha ..
Gulp.. Bila jiran aku bagitau mengenai ‘menda’ ni , aku terpikir satu jeee.. Hurmm.. Nak beranak kat mana eh ? Sini ke Kelantan ? Yelah , aku nak tanam uri nanti… Huhuh.. Kena macam ari tu , kul 2 pagi aku tanam kat belakang rumah .. Haaaa…
Minggu lepas , ada cerita pasal anak jiran tertangkap gambar yang mana dalam gambar tu ada …. Heeee… Nak sebut ke ? Baca tajuk je la.. hahahaha ..
Pastu , utk mengelakkan keadaan tidak diingini .. mereka telah meminta orang bijak pandai untuk memagar taman perumahan aku tinggal ni .. Alhamdulillah ..
Tak sempat aku nak turut serta ahli surau memagar sbb masa tu mak mertua aku datang dan ada kat Sg.Buloh. Kalau tak , boleh aku kongsikan dalam blog bagaimana ianya dilakukan ..
Haaa… Gambar ni bukanlah gambar yang aku katakan. Tapi dalam gambar ni .. ada ceritanya .. Nak aku ceritakan ke ? Haaaa… Tak lena tidur kang … Tak yah la yer.. Aku risau je .. Kang aku yang mimpi ngeri .. hahahaa ..
Aku tulis ni pon dah meremang bulu tengkuk.. huhu ..
Memang dia sangat keletihan hari ni. Mungkin baru pulih dari demam tapi dia berusaha keras utk kelihatan bermaya ! Hahahaha .. Tapi sayangnya , jam 10 malam .. dia tewas..
Kalau tak , biasanya jam 12-2 pagi baru leh tidur ..
Caranya , bagi dia aktif sebelah siang dan kurangkan tidurnya.. Kalau dia cukup tidur belah siang .. jawabnya malam , jadi Batman laaa ..
Utk esok punya perancangan .. aku dah tau apa nak buat .. EHehehe.. Confirm dia berpeluh peluh kegembiraan dan sampai rumah , terus Zzzzzzz … hehehehe …
Sian diaa … Huhuhu ..
Kali pertama pergi setelah beratus kali tengok signboard ke Taman Cabaran , Presint 5 yang terletak di Putrajaya ni.. Hurmmm .. Tu pun selepas tengok blogger Huszaini Haron dok up gambar di FB dia .. Akhirnya aku berjaya dipengaruhi..
Setelah berwhatsapp bertanyakan maklumat hari ni , petang tadi .. segalanya menjadi kenyataan dan Qhalifflah antara orang yg gembira di samping aku juga yang confirm akan jimat duit selepas ini ! Heee..
Ok , wall climbing ni aku cukup minat .. Hehehe.. Walaupun baru sekali je cuba ari tu sewaktu cabaran Maxis Treasure Hunt , aku rasa sukan ni mmg best utk mereka yang malas nak berpanas .. hehehe ..
Dibuka jam 10 pagi dan tutup jam 10 malam , tempat ni menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak kecil mereka beriadah .. Hehehehe .. Masuk free jeee utk kanak kanak …
Nak ke sini , tak susah pon.. Cari je Presint 5 .. Nun dekat PICC tu haaa… Hala je stering kereta anda ke situ .. Dan pasti akan jumpa.. Pastu akan menjadi tempat kunjungan anda setiap hujung minggu .. hehehe …
Aku spray deodrant ke kedua ketiak aku. Pakai baju. Sapu gel kat rambut.. Gayakan sedikit .. Pastu amik kunci kereta .. Qhaliff pandang.. Dan cepat cepat dia ke muka pintu. Dia standby situ..
Apa jadi kalau aku tak bawak dia keluar walaupun sekadar nak gi kutip baju jemuran ??? Aku nak kutip baju pon kena smart.. Hahahahaha ..Mana leh berlenggeng gitu je… Segan uuu .. Hahaha ..
Adoiyaiii .. Siap pegang botol cleaner laptop lak tu. Aku nak amik tak kasi .. Bila kata ..
“ Jommmm .. jomm… “.
Baru dia kasi aku amik ! Aiyokkk.. Dah jadi bayang bayang aku skang. Camana la aku tak boroi ! Huhuhuh.. Nak gi jogging pon nak ikut.. Redha je la aku boroi skang ni .. heee..
Ni merajuk cara terbaru lak ..
Asal merajuk , gosok hidung pastu tutup mata gitu.. Kuar la bunyi merajuk. Bila panggil pujuk mai laa dia peluk kita sambil tepuk bahu kita .. Ehh .. gitu la ..
Awalnya aku jangka Bocey terkeluar jika ‘mereka’ mengambil kira dari segi keuntungan .. Yelah , 4 team yang lain tu confirm dah ada peminat yang mengundi mereka .. Bocey pulak ‘junior’ ..
Bila MLM dah start , Bocey antara yang menyerlah. Nabil dan Jambu , lebur ! SepahTu pon tak menarik seperti yang lepas lepas.. Apa dah jadi ? Shiro , selamat sebab lawak Awie menjadi..
Keputusan diumumkan .. Tiada penyingkiran ! Perghhhh .. Ramai dah jangka gitu.. Aku awalnya nak jangka gitu gak tapi macam tak patut pulak kalau takde penyingkiran. Kenapa ? Hurmm..
Kenapa aku kata patut ada penyingkiran ? Bila 4 pasukan bertanding di final , ini menunjukkan 4 pasukan tu adalah benar benar layak berada di situ ! Yelah , separuh akhir dah menunjukkan ada yang tak layak berada di final. Bayangkan tiba tiba di final , team yang tak perform di separuh akhir .. tiba tiba menyerlah ! Haaa .. Terlepas sudah team yang sepatutnya dapat kemenangan tu ..
Hurmmm.. Serius , ASTRO mmg membosankan bila buat realiti tv begini. Macam di AF lalu.. Tak silap aku ada yang terkeluar tapi diundi masuk .. lalu terus jadi juara ! Dan bila kata ada penyingkiran , tiba tiba takde ! Aiyo.. aparaaa …
Yelah .. semua ni hiburan semata mata kan ? Serupa WWE gitu .. Kita gak rugi buang masa layan menda menda ni .. Hehehehe.. Salahkan diri sendiri ..
Kali petama nak ke shopping di Paradigm Mall , Kelana Jaya. Saja saja berjalan bawak si Qhaliff keluarkan peluh.. Tapi yang berpeluh , aku la.. Dia tak nak turun .. Huhuh… Demam dah ok tapi badan masih penat ..
Kat rumah , aktif .. Masuk dalam kereta , terus lenaaa … Sedap ‘dibuai’ dek pergerakkan kereta .. Huhuh… Pasang Waze .. Hehehehe .. Rupanya ada jalan dekat nak ke Petaling Jaya tu haaa.. Dari rumah aku , dalam 40 minit je pon !! Aiyookkkk.. biasanya ikut jalan jauhhhh.. huhuhuh….
Sampai kat sana , dia masih lena.. Terpaksa kejutkan dia .. Tengok la muka dia tu haaa .. Ngantuk sokmooo.. Sian jee…
Disebabkan dia masih sebegitu rupa dan aku sendiri kepenatan akibat dah mula pecah lemak .. Maka , sempat makan je kat SATAY SATAY .. Hehehehehe ..
Order 3 jenis makanan .. Nasi goreng , char kuay teow dan asam laksa ..
Sedap ? Ada kawan tanya di Facebook. Hehhehehe … Ikut tekak aku , serius sedap ! Ikut hati , nak je tapau CKT tu .. tapi udah udah laaa .. hehehehe ..
Harga ? Hehehe .. Rasa rasa korang ?
Lepas makan , terus balik … Qhaliff dok wat hal .. Adehh .. Nangis tu tak la tapi … hurmm.. Di dukung , nak turun. Diturunkan , nak baring pulak atas lantai .. Aihhhhhh …
Tak sempat nak pusing pusing kat situ. Nampak macam best.. Macam macam ada dan tengah SALE lak tu ..hurmmm .. Tapi memikirkan anak .. tolak tepi semua ..
Banyakkan bersabar bila anak tak sihat .. Huhuh….
Terkejut aku awal pagi tadi.. Dalam kul 3 pagi gitu.. Tiba tiba Qhaliff menangis kuat.. Punya la lama dia nangis. Dah pujuk .. Bacakan ayat suci .. Tak nak gak diam.. tapi reda skit .. Berguling guling dia ..
Dalam setengah jam gak la biarkan dia gitu.. Dengan mata tertutup.. Dah disapu dengan air pun , sama jer.. Akhirnya wife amik dan susukan dia .. Sambil bacakan ayat ayat di ubun dia .. Aku pasang youtube ayat ayat Ruqyah.. Diam je dia … Hurmm…
Masa aku peluk dia , dia punya meronta .. perghhh.. macam budak besar punya rontaan.. Kuat lak tuuu .. Terpaksa aku lepaskan .. Takut dia jatuh ..
Pastu baru dia ok.. Hurm.. aku rasa ni mesti mengingau UPIN IPIN The Movie tu.. Kan ada ‘hantu’ dalam citer tu.. Dia layan sorang masa nak tidur dengan wife. Aku kat luar dok wat keje .. Hurmmm..
Pasni , takde dah UPIN IPIN sebelum tidur.. Kena ‘baca’ buku sblm tidur. Hurm..
Hurm.. Bukan sekali.. Tapi setiap kali dia turun dari kereta , cepat cepat dia ke sini .. Aku memula tak perasan tapi wife yang bagitau .. Qhaliff siram pokok kari tu.. Dari asalnya dah kering , tu dah tumbuh semula .. Huhuhu..
Rumput tu ? Saja ternak sekali .. Kot kot leh buat ulam bila sayur kangkung nanti naik harga …
Dah berhari hari aku mencari micro SD utk tab aku tu… Yang sedia ada aku dah pindahkan ke Lenovo .. Senang Qhaliff nak layan movie dia ..
Adik aku kata ada satu tempat tu murah .. Aku mintak dia tolong belikan. Kali terakhir aku beli , beberapa minggu lepas nun di Low Yat. 16GB , RM50. Original katanya . Nak tiruan punya pon ada.. Murah sikit..
Masa aku di Kelantan beberapa minggu lepas , aku nampak di Wakaf Che Yeh ada jual. Dalam RM20 kot.. Ke 30 ? Tak ingat lak aku. Teringin nak beli gak tapi aku tau tu tiruan punya.. Tak jadi la.. Risau rosak je.. Abis semua gambar dalam tu nanti.. huhuh..
Akhirnya , aku buat keputusan gi beli kat kedai gadget di kawasan perumahan orang tua aku. Kedai ni lama dah wujud tapi tak berkembang.. Macam tu je aku tengok.Rasanya dah dekat 10 tahun dah kot.. Tengok housing yang jual pun dah berabuk.. Sian pulak..
Aku tanya harga Micro SD .. Katanya RM50.. Sebelum dia nak sebut harga , dia tengok muka aku betul betul. Hurmm…. Terfikir gak aku.. Dia ni tengok aku , nak tau aku leh disembelih ke tak ? Ke dia cam kenal aku ? Ok .. aku biar je la..
Kemudian dia amik sesuatu bawah laci kaca tu.. Dia keluarkan kotak.. Ditaburkan atas meja..Micro SD tanpa balutan. Katanya belum dibalut..
Aku tanya harga.. Sama jer .. RM50 ! Mak aihhhhh … Nak bagi aku macam tu je ? Mana kotaknya ? Takda pun haaa .. Iskh.. Aku pandang yang kotak tu.. Aku mintak yang tu ..
Tengok la.. Berapa buruknya .. Hurm.. Aku ada pilihan utk tidak membelinya tapi disebabkan aku dah tanya dan tak sampai hati tak jadi beli , aku keluarkan duit dan hulur je kat dia ..
Aku berjalan keluar dari kedai tu.. Pujuk hati.. Tak pe , nak tolong dia niaga.. Pastu aku nak kopek keluar Micro SD tu .. Alahai … Letih aku nak cerita.. Redha je la..
Cer cita camana aku nak support bangsa aku niaga ? Haih….
Hurmm.. nak mengerjakan yang sunat , payah benar .. Amalan dah la sedikit.. Apa lagi yang ada untuk aku bawa ke akhirat ? Sementara aku di dalam kubur , apakah pelaburan yang telah aku buat di dunia yang bisa menyelamatkan aku ?
Perbanyakkan bersedekah ..
Aku bukan nak bangga atau nak riak dengan bercerita semua ni pada korang tetapi ajak korang turut sama berfikir .. Apa lagi yang mampu kita buat sementara kita bernafas atas dunia ni ?
Aku mengajar diri aku .. ringankan jari jemari aku tiap kali gi kedai runcit atau kedai makan .. Kalau ada tong tong derma , baki duit makan tu .. sedekah je dalam tu.. Tak kira la berapa banyak , itu biar Allah saja yang tahu . Yang penting , kita ringankan jari kita tu.. InshaAllah .
Janji Allah.. Orang yang menderma tu takkan miskin .. Percaya tak ? Aku percaya .. Rezeki dari Allah ni , pelbagai bentuk . Kita je tak sedar dan tak yakin.. hurmm..
Nak dijadikan cerita .. Kelmarin ada la geng geng sekolah aku lancarkan tabung sumbangan untuk bekas guru sekolah aku yang sedang derita sakit .. Dah guna kerusi roda pon. Aku nak ikut mereka gi ziarah , tak boleh sbb aku ada urusan lain . Jadi apa yang boleh aku buat ialah memberi sedikit sumbangan. Itu je aku mampu buat selain berdoa agar cepat sembuh.
Aku minta wife tranfer je duit dari akaun aku. Yelah , hari ni hari dia.. Sapa tau esok esok hari kita kan ? Tak sampai sejam , aku terima satu sms .. Aku baca dan membalasnya. Balasannya membuatkan aku terbeliak biji mata jap. Aku tak sangka pulak. Rezeki berkali ganda dari Allah.. Terlalu banyak dari apa yang aku sedekah sebelum tu.. MasyaAllah ..
Dari blog RAHSIA SEDEKAH :
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Hurm… Sementara kita bernafas , mari kita sama sama pelbanyakkan sedekah. Jangan tunggu kaya , baru nak bersedekah ..
Minggu lepas , aku dok bebel laaa .. punya tensen sbb tak leh nak charge ! Walaupun dah gi antar kedai , masalah charging sama gak !
Entah camana .. selepas pada tu , masalah tu selesai ! Asal aku cucuk je .. terus je berfungsi dengan baik ! Tapi ada syaratnya laa.. Jangan charge sambil pegang. Letak je kat bawah . Kalau nak cepat , tukar mode telefon ke ‘airplane mode’ .. khabarnya pantas je settle .. hehehe ..
Sehingga kini , masalah tu takde dah .. lega sangat minda aku ni .. hehehhe .. tak yah nak pk singgah Low Yat dah .. huhu ..
Huhu.. badan dia panas sehingga petang tadi. Tapi panasnya tidak la begitu membimbangkan . Bagi aku , ianya masih terkawal. Senantiasa lap badan dengan air. Plan malam ni baru nak gi klinik Dr.Maria di Alamanda.
Lepas Maghrib.. Qhaliff kelihatan tidak begitu segar tapi ceria bila dengar ..
“ Jom Qhaliff.. “. Ajak aku.
“Bye byeee… “. Qhaliff melambai mak dia .. terus berjalan ke pintu rumah dan hulurkan tangan dia pada aku meminta aku mendukungnya.
Amboiiiii …. Tak sabar benar nak keluar aihhh … Siap lambai mak dia. Sanggup nak keluar tuuu.. Tinggal mak kat rumah ! Hahahahha … Pantang dipelawa keluar ..
Dalam kereta .. Badan dia masih panas suam .. Nak terlentuk je kat mak dia ..
Sesampainya Alamanda ? Tak perlu dipelawa .. terus je sedar dari mamai dan segar !
Terus nak turun jalan kaki… Dan tau mana destinasi dia .. Kereta ni wajib dia datang main.. Huhuhuh…
Jumpa doktor .. Katanya suhu dalam 37 gitu.. Demam skit.. Dikasinya ubat.. Ditimbang berat .. Ada naik skit .. Huhuh…
Keluar dari klinik ? Perghhh.. Tak demam dah ! Segar bugar.. sampai rumah ! Pegang badan.. takde panas dahhhh … Huhuh.. Ubatnya ialah .. bawak dia keluar jalan jalan .. Tu jeeee !