Hurmm.. Benar kata mereka , anak kecil kita bila dah dapat kaki .. perghhhhh .. memang penat laaa nak kejar dia bila dalam shopping mall. Bila tak lepas , meronta ronta nak turun. Bila dilepaskan , serupa lipas kudung. Zas zas zassssss .. Antara larat atau tidak je nak kejar !
Qhaliff , dia lebih gemar didukung .. Manja terlebih . Tapi tu dengan aku jer. Dengan mak dia , dia takde la pulak. Nak berjalan la pulak .. huhuhu..
Bila dah berjalan , haaaaa .. faham faham je laaa kan ? Ke sana sini dia . Terus tak jadi nak shopping sbb nak jaga dia lak .. Maka ada la sahabat bg cadangan gunakan baby harness atau toddler wrist harness ni..
Hurmmm .. Aku faham niat baiknya tu dan hargai cadangannya tu tapi cam biasa la kan .. manusia ada pelbagai pandangan .. Ada yang kata penggunaan menda ni menganiaya anak kecil kita. Kelihatan seperti .. hurmm.. nak sebut pon tak sampai hati.
Aku ada terfikir sebenarnya.. Nak gunakan menda ni utk kebaikan Qhaliff tapi kang ada pulak memandang semacam kat aku bila di mall .. huhu..
Apa pendapat korang ?