Aku ada terima satu email dari salah seorang pembaca blog aku .. Jadi , aku nak kongsikan dengan korang semua dan sapa yang boleh bantu, harap bantulah yer ..
“ Salam Ben
Mohon maaf sebab tajuk ni mungkin tak berapa sesuai dengan Ben kot, tetapi saya berharap Ben boleh kongsikan masalah yang dihadapi oleh kakak ipar saya di laman blog Ben. Mungkin ada diantara pembaca blog Ben yang boleh memberikan cadangan ataupun bantuan. Sekurang-kurangnya saya cuba berusaha untuk membantu kakak ipar saya sedaya yang mampu. Ben boleh terus ke link blog saya sekiranya Ben sudi membaca dan membantu serba sedikit untuk dikongsi di laman blog Ben. “
Dalam email tu dia ada kasi satu url blog .. Dalam dalam kandungan entri tu ada cerita mengenai masalah itu ..
“ Kakak ipar saya telah mengalami gangguan ganjil ini sejak dia mendapat anak yang pertama 5 tahun lepas. Pada permulaan gangguan tidak sangat melibatkan dirinya, cuma masa anak beliau yang pertama dalam lingkungan 4 tahun, dia selalu boleh melihat makhluk-makhluk halus yang merupa dalam pelbagai bentuk terutama harimau.
Keluarga kami telah berikhtiar dengan pelbagai cara, bertemu pengamal purubatan islam di kawasan negeri Kedah, tetapi makhluk tersebut ataupun jin tidak dapat keluar dengan mudah dari tubuhnya. Ada diantara pengamal perubatan yang mengatakan ianya buatan sihir dari seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya sehinggakan hendak bersama dengan suami pun makhluk tersebut mengganggu dengan darah haid yang berpanjangan.
Kakak ipar saya cuma melawan dengan sembahyang sunat dan mengamal membaca al-quran setiap hari namum tetapi diganggu dengan pelbagai cara. Ada diantaranya semasa sembahyang, kakak saya melihat rupa yang hodoh di atas kain sejadah sehinggakan bapa mertua saya terpaksa membakar sejadah tersebut. Ada kalanya jin tersebut merasuk anak perempuan beliau dengan mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengganggu dia.
Baru-baru ini kakak ipar saya melawat biras saya yang baru bersalin di hospital, semasa di sana tidak ada apa-apa reaksi dari jin tersebut, tetapi bila sampai sahaja di rumah jin tersebut telah mengawal tubuh kakak ipar saya dan memberitahu dia sangat dahaga dengan darah yang dia nampak di hospital, bila ibu mertua saya menyuruh kakak saya mengucap, dia menjawap yang dia tak boleh mengucap sebab dia kafir.”
Bacaan lanjut , klik SINI . Harap pada sapa boleh bantu , bantulah yer .. Dan pada sesiapa nak berkongsi masalah atau minta pandangan , mahupun nak cerita apa saja , boleh saja emailkan pada aku di benashaari@yahoo.com.
Terima kasih yer ..