Satu perkara yang aku belajar dari Qhaliff .. Bangun tidur , dia tak lokek dengan senyuman .. Bila dia senyum , automatik kita akan membalas senyuman dia , dengan lebih manis lagi ..
Senyuman .. Ramai pandang ringan bab senyuman ni terutama mereka yang terlibat dengan perkhidmatan awam . Kalau ada pon , nampak sangat laa senyuman palsu atau buat buat .. Susah sangatkah nak ikhlas ? Susah sebenarnya kerana ianya melibatkan hati.. Hati mau bersih dan tenang untuk melemparkan senyuman yang manis dan menawan .. Penat camana pon , pasti boleh senyum andai punya hati yang , hurmm .. ceria .. kan ?
Baby ni , kalau kita selalu main ngan dia , dia akan ajar kita macam macam erti sebenar kehidupan ini .. Kenapa baby menangis ? Mesti ada punca ? Kenapa dia ketawa ? Mesti ada sebab . Kenapa baby diam ? Pon ada sebab kan ? Bab kebersihan diri .. Bab pemakanan .. Secara tidak langsung , kita berfikir dan alert akan perkembangan baby ni ..
Cam Qhaliff ni , tidur aku tak lena kerana memastikan dia ok .. Dalam secara tidak langsung , aku alert akan keselamatan rumah ni .. Banyak sebenarnya cuma kita nak fikir atau tidak jer ..