Sol , HECK tu salah eja .. HACK , baru betul .. heehe ..
Kenapa aku tak kasihankan dia ? Sebabnya dia tak kasihankan masyarakat dengan menerbitkan filem filem yang kesan buruknya jauh lebih banyak dari baik . Maaf yer ..
Aku tahu , mereka semua ni adalah peniaga yang hanya fikirkan keuntungan saja .. Dan aku selaku ayah yang punya anak dan ramai anak buah , yang mana bertanggungjawab mengawal tindak tanduk mereka pasti akan membanteras filem filem yang tak elok langsung untuk kepala otak !
Dari trailer saja dah buat aku loya .. Bahasa bahasa yang digunakan , konon kononnya itulah gengster di negara kita sangatlah ‘menjijikan’ dan tak sesuai langsung untuk dihidangkan !
Maaf yer.. Aku teringat satu forum yang aku hadiri . Kata mereka , mereka ni pembikin filem yang cuma fikirkan keuntungan. Soal tapisan ni , mak bapak sila amik tanggungjawab ! Jadi , aku mainkan peranan aku .
Aku tak tau la apa LPF buat dan apa kriteria mereka untuk tapis filem filem ‘murahan’ gini .. Mungkin ‘mereka’ pon terikat gak … Nak kata apa kan ?
Buat Syamsul , rugi skit tak pe la kan ? Tapi fikirkan di satu sudut .. Apakah ini satu petanda dariNya ? Maknanyaa .. silalah hasilkan filem yang bermutu tinggi . Soal untung , kan bagus segala keuntungan dikumpul dan dinilai di ‘sana ‘ kelak ..
Gud luck nooooo … Kalau filem bagus , aku sokong … Tak bagus , aku tak sokong .. hehehe ..