Korang tak tau mana nak pergi cuti sekolah nanti ? Atau belum merancang ke mana mana ? Atau nak lagi best.. nak bercuti dengan pakej bajet tapi berbaloi serta anak anak gembira ? Hehehehe... Aku syorkan korang ke Shah Alam jer la ! Lebih tepat lagi ke Best Western i-City Hotel.
KENAPA KENA AMIK PAKEJ PROMOSI NI ???
Ok..Kalau tak best , aku tak syor tau ! Haaa... Sebab best dan berbaloi la aku syorkan ni. Pertama , sebab pakej ni murah. Ianya bermula dari RM180 beserta tiket masuk untuk 2 orang dewasa ! Haaa.. Pastu dapat menginap di Best Western i-City Shah Alam yang memang best dan bermain air sepuasnya di Wet Waterworld Shah Alam yang terletak di sebelah jer ! Heee.. Dekat giler , ok !
Kedua , siang dan malamnya korang boleh ke I-City Park ! Naahhh.. turun je dan keluar dari hotel , sampai dah ! Hahahaha.. Tak perlu nak redah jammed atau risau orang ramai mahupun balik lewat malam sebab best sangat kat situ ! Heeee.. anak anak mesti suka giler. Macam macam tarikan ada.. tak kira la untuk kanak kanak mahupun yang dewasa.
Yang ketiga... pastinya hotelnya la ! Best Western i-City Shah Alam ni nampak cam biasa jer tapi bila korang stay semalam , rasa cam nak tambah semalam lagi ! Bukan saja murah harga untuk semalam tapi biliknya memang selesa. Segalanya baru. Makanan di Best Western i-City Shah Alam ni , sejujurnya aku cakap , sedap ! Char Keow Teow dia , berhantu woooo. Kalau letak cili hijau , mesti meleleh air liur. Hahahaa.. Aku rasa cam nak tapau bawak balik bilik sambung makan jer.
Cukup tak 3 alasan ? Ok.. aku tambah satu lagi alasan.. Yang ke empat ialah mudah nak ke sini. Terletak di Shah Alam , kalau waze jer Best Western i-City , confirm jumpa. Dari KLIA cuma mengambil masa 45 minit jer. Gitu gak kalau dari KLCC.
BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM
Diiktiraf ! Ada sijil pengesahan dari Kementerian Pelancongan , Seni Dan Budaya Malaysia. Berstatus hotel bandar bertaraf 3 bintang.
BILIK
Suka tengok 'kunci' nak access ke bilik. Canggih benor !
Ok.. Kita tengok bilik bilik yang ada kat sini lak. Ada beberapa pilihan bilik termasuk yang bersambung andai datang bersama keluarga yang besar tau boleh amik bilik yang besar ! Tambah je katil gitu.. kan ?
Kata-kata aluan..
Superior Room ( Saiz Queen )
Sangat sesuai untuk keluarga besar. Siap ada kitchen jika nak nak buat air atau sebagainya. Luas sangat dan harganya , sangatlah tidak masuk akal ! Heheeee...
RESTORAN
Pakej penginapan termasuk sekali sarapan pagi. Manakala untuk Hi Tea berbeza. Tapi amatlah berbaloi amik sekali Hi Tea sebab pilihan makanan banyak dan sedap sedap. Sewaktu aku di sini, aku memilih untuk makan di luar untuk mencari kelainan. Tapi setelah mencuba sarapan pagi dan Hi Tea ternyata makanan yang tersedia di dalam hotel memang dah cukup sedap dan murah !
Kalau malas nak keluar bilik , order je melalui telefon. 24 jam gitu. Manakala cafe di tingkat 5 , cukup santai sekali. Anak anak aku teruja lepak kat cafe. Diorang kelihatan cukup relaks. Dan makanan , pastinya ada HALAL !
Camana ? Ok tak ? Bagi aku , dengan harga yang ditawarkan untuk promosi cuti sekolah ini , amatlah berbaloi. Siang malam dipenuhi aktiviti. Tak la masa dibazirkan gitu. Oh ya, promosi bermula pada 24hb November 2018 hingga 31 Disember 2018. Kalau nak tau lagi mengenai promosi Stay And Splash serta Best Western i-City Shah Alam ni , korang boleh hubungi mereka di :
Facebook : https://www.facebook.com/bwicity/
Instagram : https://www.instagram.com/bwicity/
Telefon : 03 5521 9000
Email : enquiry@bestwestern-icity.my