Mana satu pilihan anda setiap pagi ? Ada yang tak leh hidup kalau tak makan nasi lemak pagi pagi dan ada yang memang wajib nasi kerabu setiap kali sarapan.. Korang camana lak ? Kenapa dan mengapa ?
Aku ? Aku pilih nasi kerabu… hehehe…
Terbaca artikal ni , aku tergelak. Bukan sebab perempuan tu tak beberapa cun tetapi pasal mekap ! Tau tak berapa ramai lelaki luar sana tertipu ? Tengok dari jauh cun giler… Dekat dekat , tiga inci mekap dia ! Bayangkan kalau dia buang mekap , camana rupanya ??
Teringat zaman mirc aku dulu. Zaman tu takde lagi Facebook. Kalau tak silap aku , Friendster pon baru nak meletup. Bila berkenalan dengan awek , awek bagi gambar.. Tu diaaa ! Terus set temujanji buta. Bila jumpa ??? Gulp..
Ada satu awek ni… dia punya nama , perghhh… cute ! Kita pon berfikiran positif laa.. Ni mesti saja saja wat tak cun.. letak nama comel comel.. Tapi bila jumpa , amik kau.. Pengsan situ gak ! Bukan la buruk pon .. tapi… Haaa ! Biarlah .. pengajaran !
Aku kenal wife aku dari Meebo. Dia guna nama MisZ Benz.. dan aku Ben… Saja tegur tegur.. Tanya kerja , dia kata kerani cabuk je.. Rupa tak tengok lagi.. Dia kata dari Kelantan. Dalam kepala aku , awek kelantan mesti cun cun ! Hahahahaha .. Tapi takde la niat nak ngorat pon. Buat kawan .. Bujang la katakan.. Satu hari tu , aku set nak jumpa dia.. Haaaa.. Eh , lari tajuk lak.. Tukar tukar..
Ok..nasihat aku… jangan percaya la sangat pada gambar ! Kekadang gambar orang lain.. bila jumpa , tu diaa ! Menyesal !
Part gambar.. Part menyiralkan sesuatu yang kononnya nak membantu insan lain.. Sebaiknya kita tunggu dan lihat dulu.. Kemungkinan ada pihak lain dah buat tindakan. Kita jangan pulak jadi batu api dengan memanaskan keadaan. Ni zaman fitnah dan kita jangan jadi sebahagian dari mereka.. antara sedar atau tidak ..
Baru-baru ini di Bandar Hilir , Melaka telah berlangsung majlis sambutan Aidilfitri dan juga pelancaran satu lagi pusat tarikan pelancongan yang bakal mendapat sambutan , The Pirate Adventure.
Majlis diserikan dengan kehadiran serta ucapan aluan dari Yang Berbahagia , Mohd Nizar B Mohd Najib, Advisor to Nuevo Attraction & Destination dan Y.Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.
Selepas ucapan dan perasmian , tetamu jemputan khas dan media dijemput ke dalam ‘kapal’ bagi mengalami sendiri keunikan dan cabaran The Pirate Adventure.
Keunikan dan ‘kegerunan’ ketika dalam kapal The Pirate Adventure ni memang best ! Segalanya menarik untuk diceritakan. Tapi , sila berhati hati dan bersedia untuk hadapi setiap kejutan.. Hehehe..
Tiket masuk , untuk kanak kanak .. RM20 dan dewas RM25. Sila rujuk www.melakaalive.com.my untuk sebarang pertanyaan.
Selepas pusing ‘kapal’ , para tetamu dijemput makan.. Hehehe.. Masa untuk ketupat rendang ! Dan menariknya , open house ini turut dihadiri oleh pelancong asing ! Tahniah !!
Juadah yang menyelerakan ! Hidangan yang membuka mata para tetamu. Aku sendiri tambah 2 kali ! Walhal tak cadang pon nak makan ! Hehehe.. Sedap !
Majlis berakhir jam 1 petang. Tahniah buat Melaka Alive dan orang Melaka kerana punya satu lagi tarikan pelancong.
Official Website: http://www.melakaalive.com.my/index.php
Official Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Official-Melaka-Alive/745782112168059
Tak keje ? Duduk rumah dan jaga anak ? Sapa nak pikul tanggungjawab tu ? Rata rata akan serah pada pengasuh ! Kalau berkemampuan , masing masing nak duduk rumah dan jaga anak.. Tiap bulan , gaji masuk automatik .. kan ?
Hurm.. Sewaktu berbincang dengan wife ketika mengandungkan Qhaliff , aku amik keputusan untuk pikul tanggungjawab tu . Aku tak percaya pada pengasuh. Maaf.. terpaksa ! Banyak sangat kes melibatkan pengasuh dan mereka tak boleh dipersalahkan jika berlaku apa apa kemalangan atau kecuaian. Salah sendiri kerana memili pengasuh tak berlesen atau berdaftar. Nak hantar pada yang berlesen , bukannya murah ! Dah hampir separuh gaji sebulan !
Sekarang aku dah ada dua orang anak. Terus terang tugas menjaga diorang ni bukanlah mudah ! Dan semalam , seorang rakan blogger membawa khabar buruk.. rakan pejabatnya , kehilangan anak kecil yang mati lemas di dalam baldi bilik air ketika pengasuhnya sedang tidur ! Bayi berusia 11 bulan tu merangkak ke bilik air dan .. hurmm.. tu je yang aku tahu dan sememangnya aku tak nafikan Zahra sendiri berkali kali nak masuk bilik air. Nak main air dalam tu..dan sejak tu , pintu bilik air senantiasa ditutup.. Hurmm..
Hati kering minah ni ! Kena jaga skit dia.. hurm..