Tengok Buletin TV3 tadi ? Tak ?? Hurmm... Kalau yang tengok tu bagus la... Jika nak jadi seorang blogger yang bagus , kena rajin tengok berita , baca suratkhabar untuk mengetahui isu isu terkini .. Baru la isi kandungan blog menarik dan ramai pembaca ..
Ada satu kes tadi yang membuatkan aku mengelengkan kepala... Erk.. sebenarnya bukan satu je tapi ada banyak gak cuma malas nak ulas bab lain sbb diluar jangkauan aku .. nanti kena saman lak .. hehe..
Berkaitan dengan kes pelajar IPT yang dicuri gambarnya dalam pendrive .. Pendrive miliknya diberi pada kenalannya untuk membuang virus virus yang ada ..Tapi malangnya , segala dokumen didalam pendrive itu di salin termasuk gambar setengah bogelnya!!
Persoalannya ... kenapa simpan gambar tu ???? Apa punya turrr daaa ... Kan merbahaya ? Awak tu perempuan ! Tak pasal pasal mangkuk bertingkat yang curi gambar tu dah sebarkan dalam internet.. sapa malu sekarang ?? Haih...
Yang si mangkuk bertingkat ni pulak , ko tak sedar ke yang ko edar gambar tu milik seorang gadis yang beragama ISLAM .. Mungkin seagama dengan kau!! Tak ke kau dah aibkan dia ??? Di mana rasa tanggungjawab kau sebagai saudara seagama ??? Seronok sangatkah mengaibkan saudara sendiri ?? Cuba kena kat adik beradik kau sendiri , camana ? Haih.. buat kerja selalu tak fikir panjang !
Dalam internet ni , berapa ramai dah anak gadis yang sebangsa dan seagama aku menjadi mangsa manusia manusia keparat yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agamanya kerana menurut hawa nafsu ???? Terlalu ramai !!! Dah mereka bangga menyebarkannya ! Sapa yang malu ?? Perempuan tu ke atau kita yang bergelar melayu beragama ISLAM ??
Banggakah ???