Pernah tak terjadi pada korang ? Dan apakah tindakan korang ? Er... korang menghulur tangan untuk berjabat salam bila tersua namun tidak diendahkan langsung salam anda itu malah dibuat tak tau saja .. Apakah perasaan korang ? Jika kedatangan bulan mulia ini , adakah korang nak pergi beraya ke rumahnya sedangkan dia itu bapa saudara korang sendiri ?
Bagaimana pula korang memiliki kakak ipar yang .. erm... berlagak sombong .. nak jejak kaki kat umah mak mertua dia ( mak korang ) sebulan sekali pon susah .. apatah lagi ramadhan langsung tak nampak muka sedangkan , hari hari dia datang umah mak dia yang berhampiran sangat dengan rumah mak mertua dia ! Apakah perlu diberi muka ?? Jangankan gitu , bila bersua muka dengan mak mertua dia pon boleh buat tak tau !
Kalau aku punya isteri begitu , aku tak cerita banyak .. Kau cantik ke... bijak ke .. kaya ke.... Sila blah ... Banyak lagi perempuan kat luar sana .. aku tak rela bela perempuan yang menyakiti hati mak aku !