Hurm.. soalan ni ditanya oleh kawan blogger di salah satu entri aku malam ni ..
Jawapannya ialah .. Entri kita .. Entri yang bagaimana ? Entri yang mempunyai info , simple , kemas , penyampaian yang mudah difahami , bahasa yang 'terang' , penggunaan font yang jelas dan banyak lagi .. Tapi yang paling mendapat sambutan ialah entri yang mampu bermain dengan perasaan pembaca ..
Bagaimana nak bermain dengan perasaan pembaca ? Cuba kita tgk drama cinta KOREA ,INDONESIA dan MALAYSIA .. Yang mana mampu bermain dengan perasaan kita .. hehe.. sori yer.. terbagi contoh drama korea lak .. Tapi serius aku kata , drama korea walaupun kita tak faham bahasanya tapi sarikatanya saja dah cukup membuatkan diorng ( aku tak yer ) mengalirkan airmata ..
Kalaulah drama begini ibarat blog kita ... apakah mereka akan kembali ke blog kita setiap hari ? Kalau blog kita cam drama melayu yang ..er.. terlalu stereotaip , apakah pembaca nak kembali lagi selepas dia masuk kali pertama ?
Tu je resepinya .. INFO dan MENARIK ... biar nampak simple tapi padat ! Camana nak bagi padat gitu , banyakkan membaca artikal artikal yang pendek yang biasanya ada dalam suratkhabar atau majalah.. Sekian .. mata ngantuk .. jumpa lagi esok .. huhuh.. Salam ..