Bench press yang baru aku sambar semalam .. Harganya RM900 .. sayangnya barbell tu pendek lak.. esok nak kena g alamanda , sambar satu .. mau mau dekat 200-300 termasuk plate dia ..
Minat terhadap sukan bina badan ni lama dah ..cuma minat jer .takde niat nak masuk pertandingan sebab segan nak pakai cawat depan orang ramai ..
Minat aku tu , aku mulakan secara kecil kecilan di rumah .. Kemudian bila dah ada size skit baru aku ke gym untuk menuntut ilmu lagi di situ ..
Bila dah besar ... kemas badan tu , timbul satu masalah lain iaitu nak kekalkan .Bukan mudah .. semua itu memerlukan kesungguhan dan disiplin yang tinggi .. hinggalah sekarang .. aku mula pada umur 23 gitu .. dan skang dah 34 ...
Konsep yang sama dalam dunia blogging.. Minat saja tak cukup jika tiada inisiatif untuk maju ...