Ehem... Bukan mudah tau .. Ada yang akan jadi munafik .. Sekadar 'berlakon' bersolat ketika keluar dating jer .. Kat rumah ?? Atau bila bersendirian ? Memang takkan buat punya kan ?
Mulakan dari asas .... Kebanyakkan mereka yang liat bersolat ini tidak tau apa itu SOLAT ! Mulakan dari 0 .. Berapa ramai antara kita tau bagaimana nabi bersolat ? Siapakah yang mengajar baginda bersolat ? Kenapa perlu bersolat ? Asas asas beginilah patut dibaca oleh mereka yang punya akal tapi malas nak berfikir ..
Mulakan dari pembacaan disusuli dengan praktikal .. Dari situ timbul kesedaran dan ketakutan akan hukuman dari Allah sekiranya meninggalkan solat .. Peringkat asas inilah yang amat penting.. Kenapa perlu bersolat ?
Asas solat inilah penting untuk diketahui oleh mereka yang liat bersolat.. Apa yang mereka nampak di zaman ini ialah , orang yang bersolat pon melakukan dosa .. Orang yang bersolat sendiri pon tak betul apatah lagi dia ? Baik tak perlu solat ! Itulah pemikiran mereka !!
Jika kita tau asas solat sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita , pastinya tiap kali kita bersolat , kita akan mengeletar kerana kita sedang mengadap ALLAH SWT...
Lembutkan hati pasangan kita dengan kelembutan.. Jika benar kita cintakan mereka , inilah bukti cinta kita pada mereka.. Dakwah dalam perhubungan .. Jangan mudah putus asa..
Sekadar pendapat ..
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)