Tahniah buat mereka yang lulus dan buat mereka yang tidak bernasib baik , jangan risau … Ini Malaysia.. banyak pusat pengajian tinggi swasta ada .. Jika berminat nak belajar , bagitau je mak ayah. Tak mampu , pasti ada jalannya ..
TERENGGANU , terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut.Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2011 negeri itu meningkat kepada 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada 2010.
KUALA LUMPUR , seramai 41 calon mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 25 calon pada 2010, dan dua daripada 55 calon istimewa mendapat keputusan cemerlang dengan masing-masing mendapat 4A+, 2A dan 3A- (calon rabun), dan 3A+, 4A, 2A- (calon kecacatan lain). Sebanyak 1,002 calon tahun lalu memperoleh gred cemerlang (A+,A, A-) berbanding 792 calon pada 2010.
PULAU PINANG, seramai 57 calon mendapat gred terbaik A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada tahun 2010, Seramai 850 calon tahun lalu berjaya memperoleh gred cemerlang (A dan A-) berbanding 819 pada 2010. Seramai 18,914 calon dari 21,383 calon yang hadir menduduki peperiksaan SPM 2011 layak mendapat sijil.
NEGERI SEMBILAN, seramai 755 calon di negeri itu cemerlang apabila memperoleh A+, A, A-, berbanding 620 orang pada tahun 2010, dengan 40 pelajar sekolah kerajaan mendapat pangkat A+ dalam semua pelajaran yang diambil. Berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) , Negeri Sembilan menduduki tempat keempat di peringkat kebangsaan.
PERAK, seramai 1,064 calon negeri ini memperoleh gred cemerlang dan daripada jumlah itu 42 pelajar mendapat gred cemerlang tertinggi. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh muncul sekolah terbaik negeri apabila mencatat kelulusan 100 peratus dengan enam pelajarnya mendapat keputusan 9A+. Sebanyak 37 sekolah di negeri ini mencatat kelulusan 100 peratus.
KELANTAN , seramai 18 calon dari sembilan sekolah memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding enam pelajar pada 2010, manakala 358 pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diduduki, meningkat 80 calon berbanding 278 orang pada tahun 2010. Seramai 36,315 calon menduduki SPM di negeri ini tahun lalu.
Sumber – SINAHARIAN , BERITA HARIAN dan BERNAMA