Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.
Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.
Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.
"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.
- Bernama / SinarHarian
BEN : Haih .. Yang nak marah si Lin Dan tu apa hal ? Alahai .. Bikin malu tul la mamat ni .. Tak sudah sudah kasi hal . Tak payah la beria sangat.. Nak luahkan, tunjukkanla cara awak tu orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa yang mana cikgu sekolah dah ajar kat awak tu haa .. Ke tak g sekolah kat Malaysia ni ??
Buat Lin Dan .. kalau paham bahasa Malaysia .. Jangan layan mamat gila glamer ni haaa .. Serius , tak berbaloi .. Camana ko punya perangai tu , lantak laa .. Takde sapa nak sakit hati .. Benda dah settle .. Emas dah kat tangan .. Apa nak kecoh lagi kan ? Psst.. Dia jeles je tu .. Biar je laa kat mamat syok sendiri tu haa ..