Fuh ..berpeluh jap .. Camana di Malaysia ? Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan di TimeLine aku tu.. Sat.. aku cari .. Haaa .. Jumpa .. Leh baca kat SINI ..
Apakah isu ini tidak dibangkitkan di mana mana ? Jeng jeng jeng .. Apa guna google kan ? Sila googleeee !
Dann .. aku jumpa macam macam ! Macam macam jawapan yg pastinya membuka mata dan hati .. Minda apatah lagi kan ? Hehehehe ..
Di satu forum ni , seorang doktor wanita meluahkan rasa hatinya dan kata-katanya ternyata ada benarnya …
“ SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.
Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!
Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.
Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!
Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.
Bagaimanakah saya harus menjawabnya?
Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?
Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?
Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.
Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.
Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.
Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.
Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.
Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.
Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.
Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.
Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan ? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan. “
Perbincangan secara terbuka ini ada berlaku malah ada juga doktor lelaki berkongsi padangan mengenainya ..
Rajin google maka macam macam dapat .. Jangan dok dengan pendapat sendiri tanpa sebarang ilmu .. kan kan ? Mana ada si ibu nak doktor laki periksa dia kan ? Dan lelaki pulak , bukan nak sangat nak jadi pakar sakit puan .. Dan ibu yang punya anak dara yang bijaksana tu .. suruh la jadi pakar sakit puan .. Baru la best gini , kan !