Uhuk.. Ni kali pertama aku beli jam yang lebih dari harga RM1K ! Biasanya kalau tengok je harga mencecah RM900 , memang aku terus batalkan hajat tapi kali ni .. hurmm.. Aku nekad !
Di bawah ni , gambar jam tangan lama aku yang dah hilang kerana di curi orang .. Hurm.. Memang lanun sungguh orang itu ! Hurmm… Aku sayangkan jam ni woo ! Bertahun tahun dah pakai tanpa bagi sebarang karenah peribadi pada aku ! Kena curi di gym selepas aku tercicir tapi ada orang jumpa dan dia tau tu jam aku namun ada pengunjung selepas itu , panjang tangan ! Selamat jalan romeoo !
Suka jam ni terutama bila melibatkan suhu dan ketinggian ! Hehehehe .. Memang berbaloi baloi ! Bateri pon aku tak tukar walaupun dah guna lebih 4 tahun.. Huhuhu..
Dan tadi , aku sekeluarga ke KLCC . Aku memang beli jam kat sini jer. Malas nak mencari kat tempat tempat lain walaupun aku tau di Pertama Kompleks atau Sungai Wang Plaza leh dapat murah lagi berbanding beli di KLCC.
Harga ? Errrr.. Err…
Jangan terkedu .. Hehehe.. Aku lama dah idam jam mahal mahal ni.. Ni pertama dan terakhir la aku beli.. Pasni simpan duit untuk projek selanjutnya.. InshaAllah.
Berkenaan jam ni , aku sangat puashati dan tak menyesal beli.. hehehe.. Wife je dok geleng kepala tak abis abis.. hahahaha .. Ok peee .. dari duit abis tak nampak apa apa pon kan ? Haaa..