Belikan Zahra stroller ni kat pasar malam Putrajaya semalam. Di rumah , tak sampai 10 minit dia tolak .. dah patah ! Hurmm.. Dan dia terus menolaknya. Rasa nak mengalir air mata tengok. Kesian kat dia.. Cekal je dia terus bermain. Kalaulah malam masih muda , mau jugak aku lari ke Alamanda dan membelinya yang mahal punya !
Beli kat pasar malam.. Harga berbelas ringgit. Kualiti ? Tiada jaminan.. Aduhhh.. Mintak kurang pun tak dapat. Hurmm.. Tak la salahkan diorang jugak. Kadang kadang tapak meniaga dah mahal. Nak pergi ke situ pon dah mahal.. Terpaksa amik kira pelbagai kos. Aku memahami. Antara sebab beli pon nak sokong peniaga kecil kita..
Kehidupan sekarang ni , tak mudah dah ! Bayangkan nasib anak anak kita nanti ! Tu pun masih ada yang dungu dok angguk kata asalkan negara aman dah walhal dia sendiri tengah menderita . Hidup seperti hamba abdi yang tak bertuan. Bangun pagi , kerja.. hingga malam hari , kerja ! Dapat gaji bayar hutang.. bayar cukai .. Baki ? Pinjam balik duit…
Benar.. aku terasa seperti hamba abdi. Hari hari mau bayar cukai untuk teruskan kehidupan ! Apakah nasib anak cucu aku ? Sementara tunggu dunia berakhir , kita akan lalui begini setiap hari. Selagi tiada perubahan…