Lama dah aku idamkan naik helikopter ni ! Hehehe.. Bukan sekadar naik tetapi menikmati permandangan keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari udara..
Dan sekarang , KL SKY TOUR telah memenuhi impian aku dan jutaan lagi manusia yang teringin sangat naik helikopter.. Maklumlah , nak naik helikopter ni .. bukan semua orang dapat rasa.. kan kan ?
Tapi sekarang , sesiapa saja dah boleh terbang kan.. termasuk dengan helikopter ! Dengan serendah RM198 , korang akan menikmati satu pengalaman yang tiada taranya ! Bermula dari Tititwangsa Helipad , korang akan dibawa mengelilingi tempat tempat menarik di Kuala Lumpur seperti di Istana Budaya , KLCC , KL Tower , Batu Caves, Masjid Negara , Batu Dam , Dataran Merdeka dan beberapa lagi tempat mengikut pakej yang korang amik. Ada 4 pakej ke semuanya.. The KL Express , The City Explorer , The Jungle Escape dan The Mountain View.
Kalau tak silap aku , ada 8 helikopter kesemuanya.. Untuk perasmian ni , diorang guna 3 jer..
Tak sabar nak naik.. Beratur tengah panas pon , selamba jer ! Janji impian tercapai gituuu ! Huhuhuh.. Best ! Satu pengalaman baru tapi lama dah nakkkk !
Gayat ? Takda makna laa ! Hahahaha.. Tapi bila kena angin kuat , terasa laaaa gak cam nak terjun terus ! Hahahahhaa.. Bestt ! Nak naik lagi nanti..
Rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut mengambil peluang sekali seumur hidup ni.. bersama sama menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur.
Oh ya… KL SKY TOUR ni adalah inisiatif dari Cempaka Helicopters dan kolobrasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Tourism Bureau. Lokasinya di Tasik Titiwangsa.
Untuk pengetahuan korang , mereka akan berada di Pulau Pinang , Melaka , Johor , Terengganu dan Langkawi. Untuk maklumat lanjut , boleh ke www.klskytour.com.